Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pada suatu hari seorang seekor keldai telah terjatuh ke dalam perigi. Keldai itu kepunyaan seorang petani.

Si keldai pun menangis berjam-jam memikirkan nasibnya sementara petani memikirkan penyelesaian terbaik. Setelah lama berfikir, akhirnya petani membuat satu keputusan yang nekad. Oleh kerana keldai itu sudah berusia dan kebetulan pula perigi tersebut memang perlu dikambus, petani memutuskan tidak akan menolong keldai itu keluar.

Petani meminta pertolongan daripada jiran-jirannya untuk menolong dia menimbus perigi tersebut bersama si keldai tua di dalamnya. Mereka mula menyodok tanah dan mencampakkannya ke dalam perigi.

Si keldai sedar apa yang sedang berlaku dan menangis semahunya. Tetapi kemudian keldai mengambil keputusan mendiamkan diri.

Setelah beberapa ketika menyodok tanah dan mencampak ke dalam perigi, petani melihat ke dalam perigi. Sesuatu yang di luar jangkaannya telah berlaku, setiap kali tanah yang dicampak ke dalam perigi dan mengenai badan si keldai, si keldai telah mengambil langkah bijak dengan mengibas2kan badannya supaya tanah tersebut jatuh ke kakinya. Si keldai membuat pergerakan dan memastikan dia berada di atas tanah yang dicampak kepadanya.

Si petani dan jiran-jirannya meneruskan mencampak tanah ke dalam perigi, setiap kali itu juga si keldai membuat pergerakan supaya dia berada di atas tanah yang dicampak. Tidak lama kemudian setelah hampir penuh perigi dengan tanah, semua orang kagum melihat si keldai melompat keluar dari perigi yang hampir dipenuhi tanah tersebut.

Si keldai meluru ke arah petani dan menggigit petani lalu melarikan diri. Si petani akhirnya meninggal dunia kerana kesan gigitan itu yang dijangkiti kuman. Meninggallah petani dalam keadaan yang menyakitkan.

Moral daripada cerita ni, jangan cepat berputus asa dan mengalah walaupun di saat genting seperti si keldai alami. Dan jangan jadi seperti petani yang tidak mengenang budi sedangkan selama ini si keldai tua itulah yang telah banyak membantunya.

****************
Eh keldai gigit orang ke? Hahaa wateve la ni kan cerita rekaan semata-mata, tak logik pun asal ada moralnya.
(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative