Tuesday, October 9

Kasut Bertutup Saiz 4

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Saiz kaki setiap orang berbeza-beza. Kat entry---->You pegi tengok sana la pun aku dah pernah membebel pasal kesukaran cari kasut bertutup. Orang selalu cakap untunglah kaki saiz kecik, senang nak buat pilihan. Alhamdulillah memang senang dan banyak kasut sandal yang lawa2 boleh dijadikan pilihan. Heels pun banyak pilihan yang lawa (aku tak suka pakai heels).

Cuma satu je yang agak sukar, sama sukar dengan orang berkaki lebar. Mencari kasut bertutup yang formal  bersaiz 4 memang agak sukar. Saiz 4 bersamaan dengan saiz 35. Tension setiap kali kasut yang berkenan di hati asyik takde stok ataupun memang tak wujud saiz 4. Kebanyakan kasut dikeluarkan saiz 5 ke atas.

Bila try je celus dan takde saiz. Susahnya la nak dapatkan sepasang kasut bertutup yang aku berkenan. Kehabisan stok saja, tak pun memang takde saiz.

Sampai satu tahap boleh fikir camni, beli je la saiz 5 pun. Nanti sumbat je la tisu kat dalam kasut tu. Tapi mesti rasa tak selesa punyalah kalau buat macam tu.

Jenuh nak cari kasut bertutup yang formal. Habis semua kedai dijelajah tapi takde saiz. Masuk kedai Bata pun stok saiz 4 yang aku berkenan semua dah habis. Ada la dua design yang ada saiz 4 tapi nampak macam kasut budak sekolah je. Aku bukan bukan sekolah dah nak beli kasut camtu. Terpaksa pergi jauh sikit daripada tempat tinggal dan cari kedai bata lain, last stok sepasang kasut bertutup jenama Bata bersaiz 4.

Sempat sembang dengan jurujual tu, menurut dia saiz 4 limited stok. Lagi satu, tak semua design kasut Bata dikeluarkan saiz 4. Owh ye ke macam tu, huhuu termasuklah kasut yang aku berkenan mula2 tu, memang tak wujud saiz 4 rupanya. Tapi kasut tu memang lawa dan nampak trendy sikit. Ada saiz 5 paling kecik.;(

Ni la kasut formal yang last stock tu. Skema je kan, dah tak de pilihan beli je la. Tu pun kira bertuah la ada jugak. Alhamduillah...

*********************
Kaki kecik, badan besar tak balance. Kena pastikan badan pun kecik. Alasan.

32 comments:

Tihara said...

memang kecik cumel la kaki aj..akak saiz 7, kadang2 payah jugak..maybe ramai kut yg saiz 7..saiz 6 banyak...ketat la kan..tp skang tak keje, pakai selipar jepun je senang..hehe

Ujie said...

Saiz 4? Comelnya awak!

Roz said...

sama saiz kasut kita..hihihi...

pengalaman beli kasut kat primavera saiz 4 tp bersamaan saiz 5 besarnya..terpaksa letak pelapik kaki bwh dan juga belakang baru la muat utk dipakai...haha..

Nens Collection said...

YEKE kak badan besor..sy rs sama besar ngn saiz kaki akak jek..

tunjuk lah gambar tuan tanah ni kerap2 skit..rindu dh nens ni..hehe

wahida said...

alahai, keciknya kaki ko nok...aku pun susah nak cari saiz kasut nok...sbb kaki aku pakai saiz 8...huhu...

Acik Erna said...

assalam Aisyah..kalau kaki acik ni..saiz 6 pun cepat habis..ramai yang berkasut saiz 6..kadang acik banti je saiz 7,,pakai setokin..ok lah..tak la besar sangat..tak jauh bezanya dengan saiz 6

Izan Ishak said...

alolo... comel kasut saiz 4 nih. samalah cam sorg kawan k.izan. kalau nak cari kasut pun kat vincci selalunya...

hainom OKje said...

Orangnya mesti come je kan...

nuyui a.k.a miss YUI said...

saiz kaki yui mmg ramaila berebut nak..huhu.

ieda said...

aduhh kecik kaki adik ..
payah juga bila nak cari saiz 4 nie .. memang x banyak pilihan kan ..
x perlah dik .. sabar ..

cantik dan simple je kasut tuu , ok lahh dari x ada kan ;)

Kazman / Sue said...

bila baca bab kasut ni kan teringat kawan ni... masa mula2x kelan kawan ni la...kami semua terperanjat sebab bila kawan ni buka kasut dengan kaki2x sekali kuar.... rupanya dia pakai kaki palsu...

C'Jai said...

comeynye kaki dia....hehe...akak saiz 5...

cikji said...

takpe,janji selesa pakai.kalau letak tisu rasa pelik je rasa kan

Cikgu Ma said...

lebih kurang pattern kasut kita..cuma kasut akak tapak dalam kaler hitam..terpaksa la pakai time dok maktab..sangat x suka ok...kaki akak saiz 6...sangat mudah di cari..hehehe

ckLah @xiiinam said...

Alahai, comelnya saiz 4. Baru ni, ronda Shah Alam cari kasut macam ni untuk anak hadiri kuliah LLB. Memang kena formal. Saiz anak ckLah 9! Perempuan tu...

Asrul "iLham" Sany said...

saya lagi ar...saiz 11 haha :D

cik nana said...

kite pulak badan kecik, cenonet tapi kasut saiz 6 kekadang 7 pun boleh sarung. huk mcm ronald mc donal da. haha

Lia Irdelia said...

saiz kita hampir sama la..hehe...
ada kasut yg kena cari saiz 5.. ada kasut saiz 4..... tengok brand jugak.

new hope said...

salam,

nak ckp kaki die kcl le tew huhu^^

KLIK perangai teruk lemah komunikasi dan minta gaji banyak punca xdapat kerja

fieda said...

sama la kita..saiz 4 jugak..hihihi

fieda said...

sama la kita..saiz 4 jugak..hihihi

fieda said...

sama la kita..saiz 4 jugak..hihihi

puteri kasih said...

comelnyer saiz 4 :)

Remy hazza said...

susah jugak ye,,, nak cari kasut yg limited saiz nie.....

Kunang-Kunang said...

Salam aishah, Comelnya kaki, saiz 4 jer.

Memang frust kalau benda yg kita berkenan, saiz pulak tak ada. Auntie selalu problem bila nak beli baju atau blouse ready made. Semua utk saiz org comel2. saiz orang montok macam auntie ni susah dapat.

He he pembuat2 baju atau apa saja keperluan kena pelbagaikan saiz kerana Allah jadikan kita dlm pelbagai saiz dan bentuk.

ayut said...

kecik jer...xde pilihan..layannnn~~ :)

Bui Junaidi said...

KAK BUI PAKAI SAIZ 38 @ 7..MMG BYK PILIHAN..HEHE

syiela said...

mmg kecik kan size 4...

frustkan bila berkenan takde size pulak

Nafira usof said...

saiz 4 jer?? saya pakai saiz 8 kalo nak lagi selesa amik saiz 9.. hahahaha.. susah jugak nak carik saiz besar nih..:P

Kesuma Angsana said...

kecik je kaki

dEdEQ dE wIshEs said...

KECIKNYE KAKI AKAK .. HIKHIK .. MESTI CUTE JE

Anonymous said...

Add sy kat fb bleh? Encik tanpanama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...