Kartun Keluang Man

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Siapa ingat dan tahu kartun Keluang Man? Ni kartun zaman aku sekolah dolu2 le. Sape tak ingat meh aku nak refresh, Keluang Man sebenarnya pesakit kat Hospital Bahagia Tampoi yang bernama Borhan. Sebelum dimasukkan ke hospital Borhan ni jaguh silat kat kampung dia.

Pastu ada watak Tiongman iaitu Samad, macam pembantu la kepada Keluang Man. Samad ada kekasih nama Aishah Jahirah . Pastu ada watak wartawan bernama Kathy kalau tak salah ingatan.

Ha yang ni mesti ramai ingat, Inspektor Sahab. Tak ingat saje je la.. Hehee... Dan ingat lagi lagi tema untuk kartun Keluang Man yang dinyanyikan oleh Krisya...Layan jap....

Lirik lagu Keluang Man-Krisya
Download lagu Keluang Man-Krisya-weblagu

Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yang tiada upaya
Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara

Dialah satria
Biar pun di mana jua
Dia datang di kala malam tiba
Melakukan tugas mulia
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan bantunya
Demi hidup aman sejahtera
Keluang man...keluang man...keluang man...

***********
Keluang woman....keluang woman....keluang woman..Kih3

Comments

C'Jai said…
Haha..terus kartun kluang man bermain-main di depan mata....Tu belum usop sontorian lagi...
|| NaFiRaa || said…
hahahaha.. kartun feberet jugak nih~ mmg femes giler kartun nih dulu.. lagu dia siap hafal lagi.. hahaha..
Kazman / Sue said…
uikk... lama dah tak layan karton kluangman ni....
Tihara said…
haah, ingat je lagi cite ni tapi krisya tu ke mana menghilang ek ?
dwaty said…
ingat....

tapi lagi suka kartun anak2 sidek...
kngn ni..sailormoon, usop, anak2 sidek.. besh tu!
aku HaniAsyira said…
berenti kejap nak nyanyi sama2.. heee~

sebenarnya borham tu mmg giler ke??
ieda said…
x pernah tgk dik huhu
Remy hazza said…
peberet remy dulu dulu..... lama tak dengar lagu kluang man nie... kalau dulu setiap kul 7 jer, terpacak depan tv.....
salam aishah..K.atie ingat lg gak kartun ni...tp xminat sgt la :D
Jna marcello said…
ahahah fevret kartun tu ;))
HeNRieTTa JoSe said…
Igt igt...hehehe..

Pssss....haah, rietta pown baca masa skulah...
nelly suka kartun ni ! memang terbaikk ! hahaha
Sanji Ngatmi said…
buat live action menti besr
anamizu kaito said…
keluang man.borhan.hehe.. kalo dedulu kul 7 mmg selalu melekat je dpn tv sbb nk tgk kartun ni.hehe
baby comel said…
kita membesar bersama2 dgn lagu & kartun ni.. best..
puteri kasih said…
kartun ni memang sangat femes dulu :)
teringat masa kecik2 dulu tengok citer ni.. skrg dah xde rasanya..
Memang minat cerita keluang man ni ;D
walaupun ala-ala batman,
tapi tak minat batman mcm minat keluang man ni xD
Lagu dia pun still boleh nyanyi owh hahah
Lyaa Suriany said…
kartun favorite ni duluuu
fieda said…
katun yg top satu ketika dulu...hihihi
hnahdy said…
kartun yang mmg best..

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing