Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Terdapat lima jenis lesen memandu yang utama kat Malaysia ni...

i) Lesen Memandu Pelajar (LDL)
  • Untuk kereta, lesen tersebut hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. So jangan pandai-pandai tampal L kat kereta dan drove drive kat jalan pulak.
  • Untuk motosikal, pemegang lesen L boleh menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula. Dan jangan lupa tampal sticker L kat motor. Ingat jangan bawak orang lak, boleh bawa diri sendiri je.

ii) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
  • Setelah lulus kesemua prosedur pelajran dan ujian memandu (JPJ test) pemandu baru akan dapat lesen P.
  • Kena ingat mata demerit untuk pemegang lesen P ialah 10 mata KEJARA, mata akan ditolak mengikut jenis kesalahan trafik yang dilakukan. So jaga-jaga ye jangan sampai mata KEJARA ditolak, nanti tak pasal-pasal lesen dibatalkan kalau dah mengumpul 10 mata demerit.
  • Korang wajib lekatkan sticker P kat kenderaaan yang nak dibawa tu. Pelekat P tu pun kena la ikut saiz yang JPJ luluskan, lekatkan kat bahagian belakang dan depan kenderaan.
  • Lesen percubaan (P) ni tempoh dia 2 tahun, selepas 2 tahun korang boleh la tukar ke lesen kompeten. Dalam tempoh setahun selepas cukup 2 tahun, korang wajib renew lesen P ke kompeten. Kalau tak nanti kena ulang semula prosedur belajar memandu. Tak pasal-pasal je....

iii) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Lepas dua tahun, korang renew lesen, dapatlah lesen kompeten ni. Dah takde P dah. Bolehlah nak tanggalkan sticker P kat kenderaan dah. 
  • Perlu diingat, pemegang lesen CDL juga tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan
  • Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Aku punya 5 tahun terus renew. Semangat dah kompeten. Setahun RM30. Untuk renew lesen P ke kompeten, wajib renew kat JPJ. Tak kisah la korang minta tolong orang buatkan pun. Cuma kena bawa picture sekeping untuk lekatkan kat lesen baru nanti, bawa lesen P, bawa duit secukupnya.
  • Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

iv) Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
  • Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori.
  • Dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

v) Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
  • Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.

Sumber Rujukan: Jabatan Penerangan.
**********************
Rasa macam nak amek lesen VDL je...kah3 mengarut je. Bawa motor pun terhuyung-hayang.... Saje je gurau-gurau...
(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative