Monday, October 15

Jatuh Ambulans

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kalau menunggu kat bahagian kecemasan hospital, macam-macam  kita boleh tengok. Kadang-kadang rasa tak sanggup pun ada bila tengok orang sakit ni. Maklumlah bermacam jenis kecederaan dan kesakitan. Akibat kemalangan lagilah, dengan darah sana sini, dengan lebam sana sini.

Sape yang kerja bahagian kecemasan mesti dah tak heran sebab dah terbiasa dengan situasi yang pelbagai tu. Aku yang sekali sekala ni, jakunlah jugak. Bila ambulans masuk mulalah curious semacam je, kepala asyik nak terteleng je kat ambulans tu.

Tapi takde la nak tengok beria sangat pun, tengok gitu-gitu je. Kang orang cakap apa pulak, penyibuk budak ni. Aku juga yang malukan.

Hari kejadian, macam biasa la bila kat kecemasan ambulans masuk, kepala aku pun terteleng pandang ambulans tu. Tengok diaorang buka pintu ambulans, tarik stracher (betul ke nama dia?ala pengsung yg beroda tu la) keluar dari ambulans. Seorang lelaki kat atas stracher tu.

Dan....sesuatu yang tidak dijangka berlaku, didepan mata aku. Masa turunkan stracher tu bahagian kaki dulu diturunkan. Pastu masa bahagian kepala diturunkan kaki stracher tu tak terpasang dengan sempurna. Orang kat atas tu menggelungsur ke bawah kau...ada la orang yang menyaksikan menjerit menyebabkan semua yang ada kat situ berpaling ke arah ambulans.

Walaupun tak tinggi mana tapi agak-agaklah. Orang kat atas stracher tu pula memang tak sedarkan diri. Kalau dia sedar mahu dia menjerit kot. Lepas tu orang2 yang menyaksikan mulalah riuh, yelah walaupun tak disengajakan kecuaian macam tu tak sepatutnya berlaku.

Apapun semoga orang tu takde apa-apa dan selamatlah hendaknya. Kenangan tu jatuh dari stracher ambulans...

24 comments:

Encik H said...

first!

Encik H said...

ohoo..faham2..sebab kaki stretcher memang boleh dilipat pun..untuk masukkan dalam ambulan..dulu2 pernah buat projek renovation hospital besar..gerun tengok darah..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

macam jadi yea... sian kat orang tu..

Khalilah MNor said...

Aduh... Huhu ngeri lak bila baca. Mcm mana kalau jd kt sendiri atau org2 terdekat. Nauzubillah. Kat hospital patient sgt penting. Kebajikan utk patient sgt dititik beratkan. Staff je sebahagiannya main acuh tak acuh. Padahal, tanpa patient.. tak adalah hospital.

Myra Jay said...

Kesian pada mangsa.. tapi yela kan malang tak berbau cuma lepas ni harap lebih berhati-hatilah

nuyui a.k.a miss YUI said...

kt lak seram tgk cmtu kan kak.

Phat said...

ish bahaya nya kan..mesti org sekeliling terkejut

Acik Erna said...

assalam AJ acik pun akan ikut menjerit kalau nampak tu..orang sakit tu kan..nak cepat pun kena juga berhati hati..kalau kena dengan orang yang dah nak bersalin sangat cama mana

azizah :) said...

bahaya tu pesakit jatuh dari ambulans.. konfirm nurse/atenden/driver kena jawab nanti..huhuhu

Tihara said...

kalau g hospital ni, paling nyampah pak guard dia..akk penah tgk ade sorang pelawat tumbuk muka pak guard, rasa nak tepuk tangan tapi tak baik dah tugas dia guard kan..kdg2 over sgt tu yg nyampah..

maszull said...

assalamualaikum ...kesian nyer die...

wahida said...

ish...kesian org tu...
bahaya tau...

harap lepas ni org2 yg berkenaan lebih prihatin dan lebih berhati2 lagi...

faraherda.razalan said...

adoi mak! tragik betul. harap berhati2. walau pesakit tak sedar diri tp skt msh terasa. semoga pesakit tu lekas sembuh.

keje spital?

ieda said...

ya tuhannn
x dpt akak bayangkan lahhh
macam2 ekeke ;)

Kancil 8349 said...

terkejut sangat kalau macam tu

Kesuma Angsana said...

aduhai cuainyer

syiela said...

kesian orang tu....

moga lepas ni dorang buat kerja dengan lebih hati2

Qaseh Suhaida said...

hope org tu tak teruk lah...

Qhaifa Nur said...

rasanya kalau ahli keluarga pesakit tu nampak...mesti marah
dahlah sakit lagi bertambah sakit...

ummiross said...

Eh kesiannya, lain kali kena lebih berhati-hati handle orang sakit, dahlah depa tak berdaya kan..

Asrul "iLham" Sany said...

tak suka dengan bau hospital..

tp seharusnya kerja tu kena la buat dgn cermat tak gitu :D

C'Jai said...

Alamak...siannya...cuak tengok kan....

Azlan Strider said...

aduh..tajik betul..ini laa orang kata sudah jatuh ditimpa tangga..isk..isk..

Regards,
-Strider-

Remy hazza said...

malang org tu...dah ler tak sedar diri....diperlakukan sebegitu rupa.... kalau pun kecemasan....kena hati2 jugak tau...... takut kecuaian yg berlaku bertambah lagi kesakitan pesakit tu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...