Harga Adapter Laptop

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah sebulan lebih jugak adapter netbook aku rosak---->Adapter Laptop Terbakar. Ahad lepas sempat turun Low Yat, tujuan utama mestilah nak beli adapter baru untuk netbook. Bahasa lainnya charger laptop/netbok

Maklumlah kat sesetengah kedai bila aku tanya ada jual adapter netbook tak, terkebil2 je, bila sebut charger baru faham. Memang la adapter ada banyak, adapter wireless, adapter plug dan macam2 la. Tapi dah sebut adapter netbook takkan tak faham kot. Mujur bila sebut charger dia fahamkan. huhuu

Mula2 aku cari Samsung Centre kat dalam Low Yat tu, ye la kalau boleh nak la adapter yang ori sebagai ganti. Tanya kat pekerja dia, erm adapter untuk netbook kalau yang ori punya harganya RM280. Mak aih mahal bangat tu. Dia bagi option nak yang ori atau pun yang tak ori. Yang tak ori dia jual RM100. Tetap mahal bagi aku.

Yang ori warranty sebulan, yang tak ori warranty tiga bulan. Erk kenapa ori punya warranty sebulan je? Dia cakap samsung punya memang macam tu. Oke xpe hold dulu.

Maka bermula la sesi menjelajah dari sebuah kedai ke kedai. Kebanyakan kedai jual adapter yang semua laptop boleh masuk, universal le sangat. Diaorang tengok berdasarkan watt, netbook 40watt. Aku tak sedap hati nak beli sebab lain macam je rupa adapter tu. Kebetulan pulak, tak sama dengan DC plug size (yang kita cucuk kat laptop tu) adapter lama. Samsung punya susah nak matchkan, ni diaorang la cakap. Harga pulak sekitar RM60-RM100 untuk adapter yang jenis macam tu.

Dah risau dalam hati takut tak jumpa adapter yang dicari yang harga mampu milik. Pastu tanya kat sebuah kedai ni, ada jual adapter tak? Dia tunjuk kedai kat depan dia yang memang jual notebook parts. Dalam hati, ada ke tak de ni, ntah2 sama mahal dengan harga ori kalau ada pun.

Bila tanya kat dia ada jual adapter samsung ke tak, dia jawab ada. Dia tanya untuk laptop ke, aku cakap netbook. Terus dia amek dan tunjuk. Eh rupa adapter tu ada persamaan la dengan adapter yang rosak tu. Siap kuarkan adapter rosak compare dia punya input dengan output lagi. Sejibik (sebijik) sama deh. Saiz DC plug pun sama... Cuma reka bentuk tu je lain sikit...

Terus tanya harganya berapa, muka cuak kot mahal. Bila dia jawab 55 ringgit (RM55) perasaan tak terkata, hepy la sebab lebih rendah daripada harga adapter universal le sangat tu. Memang harga mampu milik. Warranty untuk adapter tu selama tiga bulan. Diulangi harga adapter netbook samsung RM55.

Rasanya kedai tu memang sesuai la bagi yang nak cari alat ganti untuk laptop. Bateri, keyboard, skrin dan macam2 lagi diaorang jual. Dan harga pun rasanya mesti mampu milik compare dengan kedai2 lain. Sempat tanya kalau harga skrin untuk netbook berapa, RM190. Murah le tu kiranya....

Lokasi dia kat 2rd Floor Plaza Low Yat. Update: Nama Kedai tu DS Notebook Parts. Aku nak letak tapi lupa nama kedai, mujur jumpa business card yang sempat aku rembat. Hee excited sampai nama kedai pun lupa. Mungkin ada kedai lain yang lebih murah dan oke yang aku tak singgah, tapi hari tu, tu yang terbaik aku jumpa.

****************

Aku: Harap semoga adapter ni tahan lama la...

Comments

Izan Ishak said…
kena rajin survey utk dptkan yg termurah dan berpatutan kan. kalau tak terpaksalah kena beli adapter yg mahal2~
Tihara said…
alhamdulillah aj, mekasih share padehal tak penah gi pon low yatt..btw manelah tau terpergi bila2 leh ushar spare part laptop :)
wahida said…
apa nama kedai tu?
Acik Erna said…
assalam aishah..acik tak pernah lagi pi low yatt..dengar cerita je..
Kancil 8349 said…
nasib adapter...kalau laptop..macam kancil dulu...tapi tersiram
Kedai Dell tu ke?
Selalunya pergi kt depan lowyat tu jer, satu kedai besar so tanya je pekerja dia then dia tlg tnjukkan terus brg yg kita nk
Pening pula lowyat byk sgt kedai adaptor, harganya semua lain2 pula tu..
Cikgu Ma said…
x penah pakai lagi...laptop masih sehat ^_^
syiela said…
kalau tau blh survey sendirikan.. senang keja
Qhaifa Nur said…
kena rajin jenjalan baru dapat yang murah sikit........
ramai kata Low Yat bagus tapi x pernah sampai pun......
Alhamdulillah jumpa dengan harga&berkenan di hati.. Nanti blh sy pegi sana juga..
Kazman / Sue said…
betul3x... kalau beli kat low yat kena pusing3x dulu... cari kat kedai part lagi memang murah... jgn beli yg kat table2x tepi tangga ke apa...

bagus info ni untuk pengetahuan kita bersama
dwaty said…
tak tau kenapa... saya takut nak beli gadget dekat low yatt... macam2 yang saya dengar... ermmm
Zie said…
oklahkan... dari nak cari merata yg belum tentu dapat harga mampu milik
QA's ~ mamapapa said…
ape nama kedai tu,sis?mr lappy milik en suami pn nk kena repair ni..kot2la blh dpt ape yg dicari kt sna :)
Remy hazza said…
betul...kalau pi lowyat kena survey rege betul2..... cari sampai kita puas hati dgn rege yg ditawarkan.....
fieda said…
kena rajin survey kan baru dapat harga tip top..
Hairi said…
Salam 1 Malaysia saya Gigahertz dari selayang ada menjual charger adapter laptop untuk pelbagai brand laptop seperti Asus Toshiba dell acer compaq hp. harga saya bermula RM 60 dan waranti 3 bulan .

Berminat boleh whatsapp saya 0163149620

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing