Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Lelaki terkenal dengan egonya. Ye ke? Terpulang kat diri individu tu sendiri gak rasanya. Sebenarnya perasaan ego tu normal dan ada dalam diri setiap manusia tak kira jantina. Yang membezakan ialah tahap keegoan tersebut. Lelaki kesayangan korang ego tak? Cara nak tangani lelaki ego ni tak susah pun sebenarnya (orang yang lebih berpengalaman cakap macam tu).

Ego bertempat tak pe gak, ni ego tak bertempat, kadang-kadang segan jugak kat orangkan. Nak tangani ego lelaki ni, caranya jangan lawan habis-habisan apa yang dia suruh buat atau cakap walaupun benda tu tak berkenan di hati kita dan salah pada pandangan mata kita. Orang yang egonya tinggi ni lagi kita dok tentang lagi naik la ego dia, maklumlah rasa tercabar kot.

Nak tangani ego lelaki ni, kena bijak bertindak ikut keadaan. Kadang-kadang lebih elok diam saja dan iyakan je apa yang lelaki ego katakan. Ye la api kalau disimbah api, tak ke lagi marak jadinya. Dalam situasi tersebut seorang haruslah menjadi air, bukannya api yang lagi berapi.

Tu dia berfalsafah le pulak aku, hehee aku selalu tumpang dengar nasihat seorang ibu kepada anak yang mana menantunya spesies lelaki ego.

Si ibu pesan kat anak dia, "Jangan menjawab bila suami cakap terutama kalau dia tengah marah. Jangan apikan lagi kemarahan suami ".

Pesan si ibu lagi, "Tak puas hati macam mana sekali pun, jangan abaikan keperluan suami. Hidangkan makanan macam biasa, suami ni lagi lapar lagi dia marah nanti".

Lagi pesan si ibu,"Depan orang jangan tidakkan apa suami cakap (jangan jatuhkan air muka suami le) terutama semasa bersama keluarga sebelah sendiri".

Betoi jugakkan apa yang si ibu tu pesan kat si anak. Tu la orang tua ni lebih makan garam (pengalaman banyak) daripada kita yang muda, lebih cool hadapi masalah. So tak salah kalau minta pandangan daripada mereka yang lebih makan garam untuk kebaikan diri dan keluarga jugak. Tapi mesti berpada-pada jugak, ye lah tak semua yang baik. Ada jugak yang kaki cucuk mencucuk sampai bercerai berai anak menantu. Ada wujud manusia macam tu.

Simpan pesanan si ibu tadi, mana le taw nanti aku kahwin dapat laki egois ke. Hurm minta dijauhkan la egois terlampau ni. Egois+egois sama macam magnet yang menolak je nanti...

Maklum aku pun perempuan spesies egois jugak...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative