Berubat dengan Pak Engku

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari tu janji next2 entry nak share kisah follow kenalan berubat dengan pak engku kan. Secara general je aku cite eaa..

Masa sampai kat tempat perubatan tu, kenalan aku ni dah menolak untuk naik ke atas. Dia dah meracau2 kat bawah tu cakap panas dan sebagainya. Jenuh jugak la kami semua heret, tolak dia supaya naik jugak ke pusat perubatan tu. Semua orang tengok kitaorang buat tataw je...lantaklah kan dah datang nak berubat.

Masuk je kat dalam pusat tu, dia dah macam mengamuk, meracau2 terus collapse. Serius masa tu mata dia memang merah. Dia maki hamun perawat kat kaunter awal2 lagi. Dia collapse kat situ sambil meracau2, ada la sorang perawat datang lock benda tu la kot (aku pun tak sure)...

Lepas tu dia bangun, duduk tepi diam2. Tapi lain macam jugak la. Setiap kali ada perawat lalu dia akan maki hamun. Kadang2 jadi lawak pulak sebab perawat tu macam main2 je dengan benda tu. Kira macam melayan la. Benda tu boleh kenal siapa perawat kat situ, so asal tengok je dia maki hamun memang gerenti la orang tu perawat. Huhuu

Semasa tunggu giliran tu, sempat la tengok orang lain diubati dulu. Macam2 hal, ada kes teruk macam kenalan aku tu jugak. Ada yang pakai susuk la dan macam2 la. Dia guna lada putih kalau tak silap (aku takde pulak tanya, mungkin jugak bukan). Nak berubat pun kalau yang dah bersuami suami wajib ada sekali, kalau yang belum muhrim wajib ada sekali.

Turn family kenalan aku, mak dia yang berubat dulu. Mak dia takde la teruk macam dia, sampai meracau2, pengsan, rasa sakit teruk. Cuma boleh rasa something tak kena la. So mulalah proses berubat, mak dia menjerit menggelupur kesakitan. Mestilah benda tu kan sebenarnya yang rasa sakit.

Serentak dengan tu kenalan aku ni menjerit marah orang usik mak dia. Siap warning bagai lagi. Dia siap merangkak pergi tengok mak dia, padahal sebelum tu dia macam takut nak masuk.

Perawat tu ada la tanya ibu benda tu sape. Ada la dia bagi nama. Rupanya yang dalam badan mak dia tu kaum kerabat benda yang dalam badan kenalan aku tu.  Mahu dia tak marah bila dicederakan mak ke anak dia tah (aku pun konpius). Sampai kena pegang la mak dia sebab meronta2, benda dalam dia pun memang marah kemain. Perawat tu siap macam kenakan dia, tunjuk mak ke anak dia yang diaorang dah keluarkan tu.

Aku masa tu nak kata tak takut, tak jugak. Tapi curious. Aku tak sempat tengok habis sebab ada hal lain. Tapi lama jugaklah dia berubat, next time kena datang lagi sebab tak keluar habis pun lagi rasanya. Ye la kita berubat ni bukan sekali dua nak terus baikkan. Makan masa...

Korang doakan mereka sekeluarga sihat seperti biasa ye....

Comments

Ujie said…
Semoga mereka bebas dari gangguan syaitan terkutuk.

*saya pulak pernah handle rawat bdk kena rasuk. sbb masa tu saya je prmpuan paling tua. terketar2 tgn & bibir baca ayat suci. Pglmn takleh lupa.
Syuxer said…
sian mereka kena dugaan camtu..biarpun mereka kelihatan tak sakit tapi tentu mereka malu jika pulih nanti..hope mereka tak akan ingati hal ini.
DAIRI FARISHA said…
ingt pak engku, catering artis tu..hihi
mg ad kes mcm ni..moga mereka kmbali sihat..
Nafira usof said…
nanti bagitau kat mana tempat berubat tu ek.. sebab kawan saya pon cam hadapi masalah sama..
Mak Wardah said…
tqvm for sharing, harapan akak benda2 mcm ni kalau boleh jgnlah di amalkan...kesian org yg kena.
wahida said…
mcm mana boleh jadik mcm tu dear...org hantar benda ke?

Alhamdulillah ada rawatan yg mcm ni kan...org yg bijak pandai dlm hal agama mcm ni mmg kita perlu kan...
Kakzakie said…
Memang perbuatan sihir susah hendak diubati Sya. Takut kakak membayangkan yg Sya ceritkan.

Kakak doakan moga kawan Sya dan keluarganya tak putus asa utk berubat dan sembuh.
Nens Collection said…
Ya Allah seriau sy dgr kak..semoga kakak opis akak tu cepat2 sembuh..biar ade perubahan lps berubat..seksanya duk menanggung sakit mcmtu..

knapa la die masuk dlm tubuh org tu ek..sapa yg hantar..kdg2 x terjawab soklan ni kan..
Kesuma Angsana said…
moga semuanyer oklah ye... seram dgn benda2 mcm ni
Semoga kenalan akak cepat sembuh.. Sabar yea..
C'Jai said…
Semoga Allah beri kesembuhan buat mereka..dan dijauhkan dari makhluk2 halus ni....
HeNRieTTa JoSe said…
Tkutnya....zaman skang masih ada lg benda benda nie....
puteri kasih said…
berubat ni memang selalunya ambil masa juga kan
Serammm..semoga semuanya ok ya
Remy hazza said…
benda2 camtu..... susah jugak nak hilangkan...kekadang dia dtg balik..... seronok dok menumpang....... semoga semuanya sejahtera lepas nie...kita iktiar apa yg patut...segalannya berserah kepada Allah.....
ASaDa RyutaRo said…
hooo.. agak seram gak citer ni.. baca pulak tgh malam.

hope family kenalan tu okay..
Niesa said…
niesa teringin nak tgk org2 berubat cara cm ni..dulu masa belajar ade..tp kawan xkasi tkt lemah semangat..

niesa doakan dorang cpt sembuh.. InsyaAllah..amin
Kazman / Sue said…
itu memang kena pergi berkali2x samppai betul2x sembuh... kekadang "mende" tu boleh datang kembali...

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing