Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....

Banyak faktor sebenarnya menyumbang kepada masalah kenaikan berat@kegemukan pada hari ini seperti tekanan, ubat-ubatan, keturunan, penyakit dan sebagainya. Apapun kita boleh berikhtiar untuk menguruskan badan selagi ianya tidak memudaratkan diri sendiri.

Dulu dah pernah bagi Tips Menurunkan Berat Badan dengan Cara Selamat. Hari ni nak berkongsi pulak sedikit tips untuk menguruskan badan berdasarkan pengalaman orang terdekat. Memang berkesan aku tengok mereka2 yang mengamalkannya. Mungkin boleh gabung kedua-dua tips ni.

1) Amalkan minum banyak air suam@kosong dan yang terbaik amalkan minum air limau nipis@kasturi suam. Kurangkan dan kalau boleh hentikan pengambilan air yang bergula, bergas, berais dan berperisa.

2) Jangan amalkan minum air berselang dengan makan. Ianya tidak elok dan boleh menyebabkan perut buncit.

3) Elakkan mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Kalau boleh hanya dua senduk setiap kali makan (senduk nasi biasa, dua senduk rata ye). Selalu makan nasi tengah hari or malam je kan.

4) Makan malam lebih awal, kalau boleh sebelum pukul 8 malam.

5) Kurangkan/elakkan pengambilan makanan seperti kerang, udang, sotong, ayam serta telur. Lebihkan memakan ikan sebagai sumber protein. (bergantung pada orang, sebab ada orang yang kurang iodin dan sebagainya).

6) Makanlah buah-buahan sebagai ganti snek. (tapi kalau sesiapa pernah amek pakej pelansingan, buah-buahan dilarang dalam diet sebab kadar gula dalam buah tu mengganggu proses diet-so terpulanglah)

7) Amalkan bersenam secara berkala. Tapi sekarang untuk yang tidak mempunyai masa, anda boleh gantikan dengan bersauna selama 20-40 minit (korbankan duit beli set sauna). Ni pun dengan bersyarat makan kenalah jaga kalau nak tengok kesannya.

8) Elakkan memakan kentang sebab kentang menyebabkan gemuk kekal. Nak makan sekali sekala tu takpelah.

9) Untuk yang tak kisah kalau tak jumpa nasi tu, korang boleh try cara ni. Dalam masa dua minggu sehingga minggu keempat anda makan makanan berkuah seperti laksa, bihun/kuewtiow/mee sup atau tomyam. Kiranya elakkan makan nasi terus. Mengikut pengalaman seorang kawan ianya sangat berkesan. (marvelous cara ni tengok kawan dulu agak berisi tapi dah kecik molek sekarang).

10) Bolehlah menari, beli le CD tarian salsa, aerobik dan sebagainya sebab menari boleh menguruskan badan disamping tak la bosan plus tak payah keluar rumah. Menari juga boleh membentuk struktur badan kita supaya lebih cantik terutama bagi perempuan.

Tambahan:
1) Kunyah makanan perlahan-lahan. Sebaik-baiknya 40 kali untuk penghadaman yang baik. Dalam Islam pun ada disuruh kunyah makanan 40 kali.

2) Puasa sunat. Dapat pahala dan dapat berjimat di samping menguruskan badan. Bila puasa perut akan terbiasa dengan keadaan tak makan. Banyak kelebihan puasa. Tapi janganlah time buka PUASA=PUlun Apa SAhaja.
*************
Aku pernah try ke semua cara ni? Tak semua sebab dolu2 berat daku ideal dan sekarang BMI dah di bawah ideal. Apapun cara tersebut memang diamalkan oleh orang2 terdekat aku yang nak kurus dan berkesan. Sebab tu aku berani sharekan. Tapi semua ni on your own risk la. Selamat mencuba.
(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative