Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Korang selalu ke cek Page Rank (PR) korang? Aku tak pun sebab kat sidebar memang dah ada icon page rank. Selama ni page rank blog ni hanyalah 1. Motif letak icon tu sebenarnya saje suka2 je buat penyeri blog konon2..


Terperasan hari tu PR aku dah naik 2. Alhamdulillah naik jugak dia setelah sekian lama. Penting ke PR ni? Yup bagi sesetengah blogger PR sangat penting. Dulu aku pernah terbaca kat sebuah blog ni pasal PR. Asalnya dia tinggalkan jejak kat blog tak glamer aku ni. So aku jejak la semula.

Daripada aku yang aku faham masa baca entry dia, dia takkan tinggal jejak/komen kat blog yang Page Rank 0. Dia hanya akan tinggal jejak kat blog yang mempunyai Page Rank 1 dan ke atas je. So maknanya sebelum dia BW ke blog tu mesti dia akan cek dulu Page Rank blog tersebut. Kalau 1 ke atas baru tinggal jejak. Lebih kurang macam tu la gamaknya.

Bercakap pasal Page Rank ni ada teori yang menyatakan komen kat blog yang tinggi Page Rank dia akan mempengaruhi Page Rank blog kita gak. Mungkin sebab tu dia cari blog yang Page Rank tinggi2 je. Kiranya macam buang masa je la singgah blog yang rendah Page Rank kot. Ni betul2 berblog untuk naikkan Page Rank ni.

Kalau aku, tak kisah la Page Rank blog tu tinggi ke rendah, kosong (0) ke. Yang penting blogger tu tak sombong dah le. PR tinggi tapi sombong tak guna jugakkan. Lagi pun Page Rank rendah tak semestinya tak boleh naik. Satu hari ntah2 naik lagi tinggi dari blog kita. Siapa tahu...

Sedikit tips untuk naikkan Page Rank

  • Ada yang kata tinggalkan komen kat blog yang tinggi Page Rank boleh naikkan Page Rank blog kita (aku tak amal pun, mana yang aku follow tu, ada masa tu la aku singgah mana yang sempat aku klik. selalu bw ikut komen dulu, bloglist, reading list, mana yang sempat la).
  • Bertukar link dengan blog yang Page Rank nya tinggi dan backlink ke blog yang Page Rank nya tinggi pun boleh naikkan Page Rank blog gak. Aku ada buat ke? Rasanya tak sangat, ye la blog suka ati macam ni. Cumanya macam hukum, fakta semua tu selalu linkkan semula ke sources dia la.
  • Guna Teknik SEO. Tulis entry yang selalu orang cari menggunakan keyword yang bersesuaian. Dengan erti kata lain naikkan trafik blog. Aku tak apply pun sebab selalunya belasah je ikut kepala aku nak tulis pasal apa.
  • Rajin update blog. At least sekali sehari. Aku ada ciri2 tu ke? Tak langsung sebab selalu jugak blog terbiar macam tu je.
  • Jangan langgar policy google. Ye la nanti kalau kena banned confirmlah PR 0. Yang ni risau jugak sebab tak pernah amek tahu pun policy blogger/google.
Tu apa yang aku tahu dan faham. Nak tahu lebih lagi pasal Page Rank silalah google.

Nak cek PR klik sini----->Page Rank Checker
(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative