Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Stalker kejenya sudah semestinya stalk la kan2. Bagus jugakkan stalker ni, boleh menaikkan trafik blog. Bila rasa curious dah bertapak dalam diri, mahu setiap entry distalknya. Haha suka hati kau la.

Ni personal blog tapi tak semua entry bersifat terlalu personal. Cuma certain2 time tu je bila rasa perlu, sebab walaupun blog ni aku yang punya, tapi agak2 le jugakkan. Hee tapi aku sangat suka baca kisah orang, jangan ingat aku tak suka pulak.

Sambung pasal stalker ni, erm sape la stalker tu agaknya. Tapi mesti terdiri daripada kenalan2, saudara mara yang mungkin tak sangka diri punya blog sendiri. Erm ramai yang dah ada blog sendiri, apa nak herankan. Tapi memang dasat la bila habis entry digali.

Apa kau cari? Takde rahsia kat blog aku ni, mengumpat kau pun tak rasanya. Apa yang dikongsi kebanyakannya secara general. Tak tunding jari secara personal kat sape2 pun. Korek dan galilah berapa dalam kau nak asal kau bahagia dan aku pun bahagia tengok trafik aku naik walaupun takde BE sedang menari2.

Kepada stalker terima kasih daun keladi, kalau rajin stalk la lagi...

***********
Daun bidara tu cari untuk berubat.... Buah bidara kecik2 je saiz dia, mungkin la kot nasi lemak bidara tu letak bidara. Eh agak2 tanjung bidara banyak pokok bidara tak? Tetiba rasa curious....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative