Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Masa raya hari tu sempat nyinggah ke lata ulu lawin yang terletak kat Felda Lawin Selatan. Felda Lawin Selatan ni dalam daerah Lenggong, Perak lagi rasanya. Tapi dok tengah2 la antara Lenggong dan Grik.

Tak mandi pun saja rendam kaki je, lepak atas batu macam puteri duyong nikmati keindahan alam ciptaanNya. Sambil2 cuci mata tengok gelagat pengunjung lain yang bermacam2 tu.

dating ke? hee xla tu mak buah dengan ank buah ye...;p
kawasan air tenang mengalir
ada tempat solat,tapi penuh daun2 la
toilet ada tapi tak terjaga.kotor sangat

ada tangga untuk mudah pengunjung turun ke bawah

ada tempat untuk beriadah, kalau nak makan2 ke, piknik ke boleh aje.
ada pokok getah...;p
harus ada batu banyak...nama pun lata..
jambatan penghubung
ni dah ke bawah....saje je nak snap gak
titi gantung....depan tu ada apa tah tak explore pulak..


air dan batu

last sekali baru amek pic depan...hik2
Tempat ni sesuai la untuk berekreasi dan bersantai2. Nak buat aktiviti beriadah  ramai2 pun oke sebab ada kemudahan tapak. Cumanya masa aku pergi tu macam tak terurus je. Ye la tempat macam tu larat ke nak selenggara tiap2 ari jugak, ye dak.

**entry lepas ni mungkin autopublish sebab adapter lappy tak beli lagi.akan cuba BW juga.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative