Jenis Darah dan Personaliti

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah ramai blogger yang tulis pasal jenis darah dan personaliti ni. Aku pun nak buat gak entry sebab nanti tak payah aku tercari-cari, cari dalam entry dan blog sendiri je. Sumber tak tahu sebab tersimpan sejak zaman diploma lagi. Suka cari benda-benda perkaitan personaliti ni dulu. Macam biasa hanya untuk suka2, jangan terlalu percaya.

**********************


A
  • Biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang. 
  • Mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala. 
  • Sebelum melakukan sesuatu perkara, mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten. 
  • Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin. 
  • Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai 
  • Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya. 
  • Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'. 


B
  • Cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
  • Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
  • Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari banyak hal yang dikerjakannya.
  • Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap biasa. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
  • Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
  • Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.


O
  • Biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
  • Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
  • Mereka biasanya pemurah, senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak berkira untuk mengeluarkan wang untuk orang lain.
  • Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
  • Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
  • Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
  • Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

AB
  • Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
  • Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
  • Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengan mereka.
  • Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
  • Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
  • Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.
***********************
Jenis darah aku B...Korang?
(autopublish)

Comments

Nens Collection said…
saya B..agak giler kuasa jgak..kekeke
Remy hazza said…
remy dah lupa darah remy jenis aper....huwwaaaaa.... yg tahu darah remy merah jer.....
dwaty said…
simple jer dia kan???

takpe yang penting berkat...
dwaty said…
saya darah B... ermmmm
Ujie said…
problemnya..jenis darah sendiri pun saya tak tau. adush..

*diet pemakanan pun ada utk jenis darah berlainan. saya tengok rancangan kat tv.
Lepas ni nk kena check darah balik.. terlupa ak darah jenis ap =.="
|| NaFiRaa || said…
saya darah O.. hehehe
HeNRieTTa JoSe said…
Thanks for the share.....
ummiross said…
Ooh darah pun ada perkaitan dengan personaliti ye, thank you Aishah..for the good info
C'Jai said…
Akak suami isteri jenis A...hehe....ada yang macam kena jer fakta kat atas tu...ada jg yg tak..hehe..pe pun info ni bes...
Kakzakie said…
Kakak jenis darah O tau Sya tapi satu kakak nak kata di sini yg kakak tak mudah terpengaruh dgn TV apa lagi TV negara kita nie... sorry ye Sya.
Aishah Jahirah said…
@Kakzakie
betoi tu kak...kalau tepat pun kebetulan je sebab kajian ni manusia yg buatkan kak...

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing