Thursday, September 27

Customer Service Celcom

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Line internet celcom sangatlah bermasalah. Receive 0.00, langsung tak boleh nak masuk website apa pun. Kecewa betul, so calling2 la customer service dia untuk bertanya mengenai line yang bengong tu.

Menurut CS dia, takde pulak aduan line internet tak oke. Macam biasalah diaorang mesti akan cuba bagi penyelesaian untuk masalah tu. Aku dah muak dengan suggestion yang diberi sebab kadang2 seolah menyalahkan jenis broadband, jenis komputer (processor, windows) walaupun diaorang tak cakap direct la.

Padahal line celcom yang memang bermasalah antarabangsa pun time tu. Antara suggestion yang aku dah muak:

  • Cik cuba disconnect kemudian cuba semua port dan cuba connect semula. Hampeh je sebelum call aku dah try, tapi layankan aje la.
  • Cik ubah setting kat broadband. Siap bagi direction mula2 pergi kat situ, pastu situ. Padahal broadband aku tak sama macam yang dia dok cerita tu. Cuba cakap je try ubah daripada automatik ke UMTS/HSDPA ataupun ke GPRS/EDGE. Broadband aku, aku tahu la mana nak setting. Setiap bradband tak sama. Sudahnya aku yang bagi direction kat dia...Kui3... Dan sebelum call pun aku dah bermain2 dengan setting tu dah. Tapi layan je la....
  • Yang kronik, ada ke dia suruh uninstall program broadband tu. Pastu install semula. Ni my sis yang layankan, kalau aku jangan haraplah. Sebab aku yakin takde kaitan pun. Yang aku bengang, semua mesej dalam inbox broadband hilang angkara uninstall tu. Hangin aku..... Tapi takpe la benda dah jadikan. Layan la jugak....
  • Dia suruh pulak restart komputer. Komputer aku ni dah la tak berapa nak laju. Pastu boleh pulak dia cakap lambat (eh nak salahkan lappy le tuh)... Ye la cik komputer saya ni memang lambat sikit, processor dia bukan yang paling tinggi, RAM pun rendah, window pun masih guna window starter. Tetiba tersentuh...muahaha. Tapi layan je jugak...

Semua tu tak menyelesaikan masalah sebab masalah memang line diaorang la. Setengah jam lebih bergayut, masalah tak selesai juga. Mujur jugak free call CS dia.

Ye la CS hanya menjalankan tugas diaorang je, cuba assist sebaik mungkin. Tu pun kena faham jugakkan. Diaorang pun pekerja, masalah sebenar kadang2 di luar pengetahuan diaorang. Bukan aku sorang menghadapi masalah dengan celcom minggu tu, ada lagi orang lain. Mungkin diaorang tak rajin nak call. Aku pun tak rajin tapi rugi le kan. Aku dah la subscribe mingguan. Sekarang dah oke ke tak tak tahu la.

SABAR jelah, dah mungkin tak de rezeki aku nak guna internet kot. Ayat redha je kan, supaya kurang rasa amarah dan rasa sakit hati.

Sempat la set autopublish untuk beberapa entry supaya entry blog tak sikit sangat bulan ni. Pastu buat header baru lagi bila tak dapat hadap internet. Mulalah buat macam2 header, pastu pilih mana yang berkenan di hati....

16 comments:

Everything's Everythings said...

Aish susah juga mcm tu kan?
tpi biasalah kita sebagai pengguna msti la nk guna ;D

Yaya Azura aka Naz Azra said...

betul la dik..line celcom tersangat la slow...kadg tu rasa sakit hati cam nak hempas jer tepon..hhaha..

Nens Collection said...

sy dh lama kerat broadband..pakai opis punyer jah..haha..

akak guna software ape ek buat header..nape sy x reti2 nk buat..kah.kah.kah

Ujie said...

sakit ati kalau kena gitu, sbb byr sama je tapi servis kurang.

org ckp guna streamyx stabil. tapi saya blm try.

|| NaFiRaa || said...

saya pakai P1 kat rumah.. setakat nih memang tak de masalah sgt ngan line tenet P1 nih.. lagi best leh on9 banyak henpon dan lappy sebab ade wifi..kekeke

Tihara said...

akak plak sangat saket ati dgn stremyx la ni..time rosak tak nye reper..kita dah potong nye suh bayar tunggakan tah pape..tiap2 hari ugut orang..teruk sungguh la..akk rasa maxis ok,at least habis quota pn still leh bw walopon slow sket..tu lah nasib customer cam kita ni

C'Jai said...

Cik aisha..guna wifi...heheh..

Anonymous said...

biasalah .. paling tidak kena guna line streamyx dok malaysia ni ..

HeNRieTTa JoSe said...

Haah...itu mmg perkara biasa....CS kerap kali bg cdgan yg kita sendiri pernah buat....

Marya Yusof said...

As salam Aisyah,

Setakat ni xde masalah dgn dgn internet kat umah ni cuma coverage dia je terhad...huk3... Takde kena mengena dgn celcom pun...haishhh... Nak kena babab celcom ni...ngeee~

-meeSUPERGIRL- said...

tp biasenye kalau guna yg cel laju je kan .. ad la tu yg tak kne ..

Remy hazza said...

kslsu remy mahu angin jugak kalau jadi mcm tu.....\payment nk full...tapi service kekadang slow giler...

dwaty said...

saya guna celcom broadband weekly tolak prepaid... ok tu ok tpi kadang hang juga...
oklah dari guna celcom broadband...

ps: tau tak camna nak aply celcom broadband prepaid monthly???

cikji said...

nasib sempat autopublish,kalau tak, bersarangla blog cik aisha kita nih.
Celcom memang mcm tu,sabar je kan

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kasihan nya..
harap2 ok lepas ni.. :-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai..cian akk.. moga cepat sttlenya ea mslh celcom ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...