Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Sebelum ni pernah buat entry pasal celcom internet prepaid, tapi untuk daily punya la. Kali ni nak share pasal weekly subscription pulak. Maklumlah aku sekarang pengguna celcom internet prepaid dan subsribe secara weekly.

Eh rugi apa subscribe weekly? Baik guna bil je lebih jimat. Mula2 aku rasa macam tu jugak. Tapi setelah ditolak dan ditambah rasa macam lebih kurang je. Lagipun lebih fleksible time nak bercuti pulang ke kampung tak payah la subscribe.

Dan yang aku suka masalah dengan quote pun tak timbul. Pakai bil dulu, dekat nak sampai tarikh bil baru, mulalah terkedek2 je line. Maklumlah dah terover limit, line pun sangat siput sedut. Nak kata line laju tak jugak, sama je. Biasalah line celcom ni ikut suka dia je la. Time laju laju la, time slow merungut la kita....;p

Tapi oke sikit la pada pandangan peribadi aku dan setakat ni la. Ke depan hari  kita tak tahu lagikan.

Nak subcribe weekly punya senang je. Kalau simkad dalam phone boleh tekan *118# , kemudian pilih Bband, pilih Subscribe Broadband Weekly. Akan sampai SMS berbunyi:
Enjoy 7 days of Celcom Bband usage @ RM18.To confirm yr subscription, type Broadband Yes & send to 28882.RM18 will be charged to yr account upon confirmation.

Balaslah Broadband Yes ke 28882 kalau berminat nak langgan internet, akan sampai SMS berbunyi:
Yr svc is now activated.Fee RM18,expires on 01/09/2012 20:26.Pls renew request to avoid charge of RM0.10/10kb after expiry.Info:Type Broadband Status to 28882

Cara kedua kalau dah masukkan simkad dalam broadband, dan boleh juga guna phone ialah menerusi SMS. Taip HELP dan hantar ke 28882. Lepas tu follow je arahan yang diberi. Pilih Broadband Unlimited ye, no ikut la yang kat henpon tu. Aku pengguna SOX nombor 4 Broadband Unlimited tu. Kalau pengguna XPAX Broadband Unlimited dah jadi no 5. Yang penting follow je step dan lebih kurang cara pertama je jugak.

Okey dinasihatkan sebelum connect internet tu silalah cek dengan taip Broadband Status ke 28882 untuk pastikan kita betul2 dah subscribe. Sebab korang tahu tak, aku lupa nak jawab Broadband Yes, selamba connect tak sampai seminit habis RM20 hinggit. Memang rugi tapi pengajaran supaya lebih berhati2. Mungkin tu keburukan guna prepaid kot. Heheh

Jangan risau sebab kalau sesi internet kita dah tamat masa kita tengah guna, sesi tu akan automatik ditamatkan dengan erti kata lain akan auto disconnect la. Jangan gatai tangan nak connect la, kena charge per kb nanti.huhuu.

Peringatan juga sila alert tarikh dan masa prepaid broadband tamat, ye la ntah2 dah tamat sedap je connect juga. So seeloknya cek la dulu status broadband dengan menaip Broadband Status ke 28882 kalau rasa tak sure tu. Ha tu pun keburukan jugak tu. Mesti rasa leceh jekan, tapi alah tegal biasa.

Okey sekian perkongsiaan aku.

Entry Berkaitan:
Celcom Internet Prepaid
Maxis Internet Prepaid

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative