Cari Daun Bidara

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
daun bidara
Kat mana nak dapat daun/pokok bidara? Daun bidara, sebelum ni pernah dengar tapi tak ambil peduli pun. Kalau kat kampung selalu dengar orang kata daun bidara ni buat mandi mayat. Pernah la tengok orang bawa tapi takde la nak belek2 ke apa. Dan baru tahu daun bidara ni antara bahan penting dalam perubatan Islam.

Mak aih jenuh nak cari daun bidara ni kalau bukan kat kampung. Ustaz pesan nak cari daun bidara cuba cari kat masjid. Larat nak pergi semua masjid? Rupa daun bidara pun tak tahu, apatah lagi pokok dia. Bila tanya mr google, rupanya bidara ada jenisnya. Dan ada yang panggil pokok mata kucing sebagai bidara. Owh lagi konpius.

Usha juga anak pokok bidara kat nursery. Kalau yang jenis daun panjang tu, depa jual RM16 sepokok. Tapi bukan bidara untuk perubatan kot sebab takde duri. Yang daun dia kecik sikit tu RM25 sepokok, jenis yang dicari. Tapi dua2 kat nursery yang berbeza la. Kalau boleh nak yang daun kecik tu la.

Sape2 yang cari daun bidara tu sekitar Kuala Lumpur-Selangor dan kawasan sewaktu dengannya boleh dapatkan kat:
  • Kat Darussalam Gombak, dekat balai polis Gombak menurut sumber. Menurut sumber(ustaz) tu, pokok bidara tu kira wakaf, sape2 nak ambil pun boleh.
  • Kat Darussyifa, Bangi. Tak pasti boleh dapat free atau pun kena beli. Ada yang cakap dia jual sebungkus RM1. Tapi tak pasti le. Boleh  col tanya darussyifa la kot.
  • Cuba tanya kat masjid2 kot ada pokok tu. Masjid Semenyih ada, masjid UPM pun ada, dengar2 masjid kat bangsar pun ada pokok bidara.
Aku dok bayangkan pokok bidara ni rendang, tak tinggi. Sekali hambik kau yang kat masjid tu pokok tinggi. Best untuk dipanjat, nak gantung buai laju2 pun sesuai. Tapi agak2 la pompuan nak panjat walaupun skill memanjat tu ada.

So amek je la guna kayu yang ada kat situ. Dapat la jugak secukupnya. Sebelum tu dah pergi ke pejabat masjid, minta izin untuk amek. Ye la walaupun kat kawasan masjid, sape2 boleh amek tapi rasa macam lebih afdal kalau minta izin dan bagitahu kepada pihak berkenaan. Sedekah la sikit kat tabung masjid tu kalau rasa nak bagi la.

Ranting dia berduri macam pokok ros. Buah dia pun ada, kecik2 je. Tak amek la sebab tinggi sangat. Tengok live depan mata pokok bidara, owh pokok yang selalu jumpa kat semak samun kat kampung tu rupanya. Adeh susah2 je....
(autopublish)

Comments

Kakzakie said…
Daun bidara tu Sya nak buat apa? Kakak pun tak tahu bila tengok gambar yg Sya tepek baru kakak tahu.
HeNRieTTa JoSe said…
Dulu masa kecik kecik kat suarau sekolah fardu ain rietta di kampung ada...kitorg ambil mkn buah dia...tapi masa tu pown pokok dh tinggi....skrg xtaw lew....
Kancil 8349 said…
mahu dibuat apa dengan daun tu
Remy hazza said…
cam tu rupanmya daun bidara.... selalu ada dengar nasi lemak buah bidara..... ada buah ker pokok nie....
cikji said…
nk ubat apa dgn daun bidara tuh? ni 1st time tgk daun dia
ieda said…
oo macam tuu
hurmm utk apa .. buat perubatana islam ke ??
salam..akak pon xkenal pokok bidara ni :D
Tihara said…
tibe2 teringat lagu nasik lemak buah bidara :)
uncHa said…
wahhh comel je :D
teratai said…
Good info...thanks:)
C'Jai said…
kira pokok herba lah bidara ni yer...
pokok2 herba cam ni patut2nya kita tanam di sekeliling rumah kan...
Pok Nik said…
baru pok nik kenal daun bidara..:)
Asslm Wlkm Wr Wb di sekitar tempat tinggal kami di Bali Selatan banyak pohon Bidara tumbuh secara alami karena memang iklim nya sangat sesuai , daerah yang agak kering namun cukup curah hujan dan kaya sinar matahari , kalau memang diperlukan kami akan coba bantu mengirimkan daun atau bibit sesuai ketersediaan dan kemampuan kami . Mohon di info alamat lengkap semoga bermanfaat .
( Muhammad Al Musthafa - www.solusisehatnatural.wordpress.com)
shakir said…
assalamualaikum semua, sesiapa mahu daun bidara segar (daun kecik),boleh hubungi SHAKIR 0133704926.
shakir said…
ASSALAMUALAIKUM, utk dptkn daun bidara segar, boleh hubungi saya SHAKIR 0133704926
Asslm Wlkm Wr Wb di sekitar tempat tinggal kami di Bali Selatan banyak pohon Bidara tumbuh secara alami karena memang iklim nya sangat sesuai , daerah yang agak kering namun cukup curah hujan dan kaya sinar matahari , kalau memang diperlukan kami akan coba bantu mengirimkan daun atau bibit sesuai ketersediaan dan kemampuan kami . Mohon di info alamat lengkap semoga bermanfaat .
( Muhammad Al Musthafa - www.terapiherbaldaunbidara.wordpress.com)
Janua
Syahrul said…
As salam tuan tanah yg mana memerlukan bantuan sihir/saka/jin/buatan orang boleh di batalkan dengan produk Gel mandian pohon bidara

Pergi ke page Kedai Nusantara Tamim
Suzana Ismail said…
Gangguan makhluk halus-mandi dgn air daun bidara ni
Mat Kaza said…
Aasalammualikum saya ada jual ank pokok bidara jika berminat blh whatsapp 0149578465
Mat Kaza said…
Saya ada jual ank pokok bidara jika berminat blh whatsap 0149578465

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing