Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Dulu kalau disuruh teka dari negeri mana aku berasal, selalu orang akan buat andaian aku berasal dari Kelantan. Awek Kelantan kau ni kan. Sengih je la sambil menidakkan.

Apa ciri-ciri yang buat aku dikatakan awek kelantan pun tak tahulah. Nak kata guna slang kelantan, tak jugak sebab mana reti sangat pun. Memang la aku dulu dok dekat2 gak dengan Grik yang bersebelahan je dengan Kelantan tapi slang Kelantan memang tak tahu sangat. Basic-basic tu semua orang pun reti kot.

Nak kata putih gebu macam kebanyakan awek kelantan pun tak jugak. Selenga je muka.. Selenga tu apa? Pegi search kat google.

Mungkinkah sebab suara yang halus menjadi penyebab dikatakan awek kelantan. Mungkin....

Cuma diakui memang orang tempat aku ada yang bercakap slang macam kelantan dah sket2. Tapi aku tak bercakap macam tu pun. Konpius...

Dulu ada jiran depan bilik tanya asal kelantan ke? Tak pun ada sedara mara orang kelantan ke? Muka sama  dengan jiran dia. Awek Kelantan jiran depan bilik aku tu dan Alhamdulillah boleh berkawan baik sepanjang hidup berjiran (ramai orang cakap orang kelantan ni saing-saing depa je depa nak kawan, tapi setakat ni aku takde masalah, masuk je).

*****************

Sekarang bila cakap dengan orang, sengaja selit slang utara lak. Hang orang Utara ka? Geleng jugak... Hehee

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative