Autopay Tak Terima Duit Baru

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Minggu lepas aku pergi cuci mata kat Jaya Jusco. Ala cuci mata je, bukan beli apapun. Pastu lepaking makan kepsi dengan family. Walaupun ada yang cakap kepsi tak elok aku ni sekali sekala bila teringin memang beli dan makan juga.

Bukan nak cerita pasal kepsi, tapi pasal autopay le, ala tempat bayar tiket parking tu ha. Masukkan kad parking pastu masukkan duit untuk bayar. Ye la nanti tak lepas pulak nak keluar.

Nak dijadikan cerita dalam purse aku banyak duit singgit baru. So memang tak de masalah la nak bayar parkingkan. So aku pun hulurlah duit singgit baru kat autopay tu. Cis ada ke patut dia reject duit tu sampai melayang2. Nampak sangat mesin tu tak mau terima duit singgit baru aku masukkan.

Duit baru tu.... Duit tu kan nipis, licin. Memang dasyat sungguh bila kene reject, bukan setakat tak boleh masuk tapi ditendangnya sampai melayang2 duit yang ringan tu. Ah sudah memang autopay ni tak terima duit baru le tu.

duit lama gak guna...
Kodek2 dalam purse mujur jumpa duit singgit lama, selamat kau. Dah le ada yang dah Q kat belakang.

Masalah betul la, aku yakin syiling baru pun mesti bermasalahkan. Macam sesetengah pasar raya tu la, nak amek troli kena masukkan syiling. Syiling 50 sen, 20 sen. Kalau 50 sen for sure tak boleh guna 50 sen baru, sah2 la kecik 50 sen baru tu berbanding 50 sen lama.

Nak tak nak kena stand by duit lama jugakkan... Take time kot diaorang nak maintenance lain ikut keperluan semasa.

Comments

Lia Irdelia said…
wahahhaa..
memang pun..
Sesetengah mesin mesin memang belum ready terima duit baru..

sabo jele yer.r.
Pen Biru said…
pelakon zed zaidi pun ada komplen bab ni hari tu..
Betul tu, hari tu pun dkt Jusco nk beli air kt vending machine dia,
tapi duit baru dia tak nk terima pula =.="
terpaksa lah pergi beli air kt tmpt lain
Cikgu Ma said…
mmg menyusahkan guna duit baru ni..
Remy hazza said…
betul tu...ada mesin yg belum diupgraded......bermasaalah kalau kita takde duit yg lama.....
Ahmad Syuxer said…
banyak mesin-mesin yang cam autopay tidak diupdated lagi sistemnya untuk terima duit baru.mungkin ambil masa untuk selaraskan penerimaan wang kertas yang baru.:)
Nens Collection said…
deorg x upgraed lg la ye ek..lembabnyer
mmg duit bru tak diterima di mana2 mesin lg rasanya..
MulutPayau said…
susah jugak kalau macam ni..kena sedia duit lama....
wahida said…
adoi la...bukan ke dorang ckp duit baru boleh masuk autopay? mmg tak boleh la ye...huhu...
duit baru rasa cam duit menan monopoly ~
Rasanya cash deposit machine pun masih guna duit lama..cuma bank rakyat mmg dah terima duit baru..susah jugak kan..
HeNRieTTa JoSe said…
haah kan...size xsama....
|| NaFiRaa || said…
tu laa.. kena amik masa lah utk seragamkan mesin2 tuh.. tapikan~ kalo bab2 mesin yg penting2 camtuh perlu disegerakan penukaran mesin yang terima duit baru.. nanti susahkan semua orang plak..:)
E'in said…
yeke kak.. leceh gak mcm nie.. haish....
ummiross said…
Ye lah aisha, ummi baru semalam pergi one Utama, tak boleh nak buat autopay, memang kena standby duit lama gak ni kan..
Izan Ishak said…
alahai...nmpknya kena alert sentiasa simpan duit lama dlm dompet pasni...
hnahdy said…
susah jugak mcm tu..dasyat mesin tu reject duit rm1.hehe
dEdEQ dE wIshEs said…
MANYAK MENDE AG XLEH PKAI DUIT BARU ... SUSAH GAK KEKADANG .. HAISH
Tihara said…
hari tu gi cash deposit machine kat maybank rasanya, rasa mcm cuak nk masuk wet baru..rupanya terima..maybe diorang tak upgrade kut ye

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing