Posts

Showing posts from September, 2012

Autopay Tak Terima Duit Baru

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Minggu lepas aku pergi cuci mata kat Jaya Jusco. Ala cuci mata je, bukan beli apapun. Pastu lepaking makan kepsi dengan family. Walaupun ada yang cakap kepsi tak elok aku ni sekali sekala bila teringin memang beli dan makan juga.
Bukan nak cerita pasal kepsi, tapi pasal autopay le, ala tempat bayar tiket parking tu ha. Masukkan kad parking pastu masukkan duit untuk bayar. Ye la nanti tak lepas pulak nak keluar.
Nak dijadikan cerita dalam purse aku banyak duit singgit baru. So memang tak de masalah la nak bayar parkingkan. So aku pun hulurlah duit singgit baru kat autopay tu. Cis ada ke patut dia reject duit tu sampai melayang2. Nampak sangat mesin tu tak mau terima duit singgit baru aku masukkan.
Duit baru tu.... Duit tu kan nipis, licin. Memang dasyat sungguh bila kene reject, bukan setakat tak boleh masuk tapi ditendangnya sampai melayang2 duit yang ringan tu. Ah sudah memang autopay ni tak terima duit baru le tu.
Kodek2 dalam purse mujur jumpa…

Lagu Tema Drama Julia TV3

Lirik lagu Sudah Cukup Sudah-Nirwana Band (Lagu Tema Drama Julia TV3)
Download lagu Sudah Cukup Sudah-Nirwana Band (Lagu Tema Drama Julia TV3)-weblagu

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sin…

BE Bulan September

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Time tak dapat BW sepuasnya le ada BE bertapak. Tak apalah dah selamat jadi ME dah pun dia. Dapat awal September hari tu.

Tadi cek ada BE baru dari Libresse selain BE sedia ada, jenama pilihan daku terkini. Dah bertapak sejak 25 September. Tak sampai singgit pun amount dia lagi. Moga lama le bertapak, boleh cukupkan total earning aku RM100.

Tak pernah cash out lagi, nak jugak merasa duit nuffnang. Bertahun2 tu kumpul, baru banyak tu. Hee ada jugakkan. Syukur....

Sabar, Amal, Diam, Senyum, Khusyuk

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab adalah AMAL.  Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.  Bahasa yang paling manis SENYUM.  Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Salam Jumaat

Customer Service Celcom

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Line internet celcom sangatlah bermasalah. Receive 0.00, langsung tak boleh nak masuk website apa pun. Kecewa betul, so calling2 la customer service dia untuk bertanya mengenai line yang bengong tu.

Menurut CS dia, takde pulak aduan line internet tak oke. Macam biasalah diaorang mesti akan cuba bagi penyelesaian untuk masalah tu. Aku dah muak dengan suggestion yang diberi sebab kadang2 seolah menyalahkan jenis broadband, jenis komputer (processor, windows) walaupun diaorang tak cakap direct la.

Padahal line celcom yang memang bermasalah antarabangsa pun time tu. Antara suggestion yang aku dah muak:

Cik cuba disconnect kemudian cuba semua port dan cuba connect semula. Hampeh je sebelum call aku dah try, tapi layankan aje la.Cik ubah setting kat broadband. Siap bagi direction mula2 pergi kat situ, pastu situ. Padahal broadband aku tak sama macam yang dia dok cerita tu. Cuba cakap je try ubah daripada automatik ke UMTS/HSDPA ataupun ke GPRS/EDGE. Br…

Model SmartHeart

Image
Assalamualikum dan Salam 1Malaysia...

Kalau perasan banyak juga entry aku yang menggunakan gambar kucing. Model berbayar SmartHeart ni aku panggil Lalang, tapi kak aku panggil Belang. So Belang aka Lalang la.

Tengok sikit dia posing dengan SmartHeart kesukaan dia:





Last sekali picture kekenyangan...tapi kalau bagi sure nak lagi. Tamak dia ni...
(autopublish)

Tidur Mata Pelanduk

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pernah dengar tak tidur mata pelanduk? Kepada yang tak tahu mata pelanduk tu macam mana, tanyalah orang. Just kidding, mata pelanduk tu macam ni la.... Tengok mamat ni tidur mata pelanduk. Memang contoh terbaik.

Tidur mata terbuka...tu la tidur mata pelanduk orang2 tua dulu panggil la. Pasai pa jangan tanya aku, asal usul aku tak tahu. Tahu2 ja aku dah tahu tidur macam ni tidur mata pelanduk. Dulu kak aku tidur mata pelanduk, tu pasal aku taw.
Orang cakap, sape yang tidur mata pelanduk ni bijak. Sebab mata dia terbuka macam dok fikir kot. Kih3.....
Kadang2 konpius jugak, betoi ka da tidoq ni, ka pura2 tidoq. Sat gi kalau pi cek, nahas pulak ye dak. Tapi betol la diaorang ni tido dengan lenanya.
Macam mamat kesayangan aku ni, siap ngigau lagi tidur mata pelanduk. Dah la gigi tersengih je... Lawak je dok tengok aksi dia tidur. Tidur mata pelanduk, memang bijak Belang aka Lalang aku ni. Bijak mengepaw SmartHeart dia la.

Ha camtu la tidur mata peland…

Ikan Kerapu Mahal

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ni cite lama, tapi baru nak update.. Introduce Ikan Kerapu Sabah ke Sarawak tah, aku terlupa pulak dah. Tapi bukan dari semenanjung le. Export ke luar banyak la rasanya ikan ni, untuk pasaran international.

Sebelum ni tak pernah makan kerapu, tengok muka dia aku dah geli sebab tak comel. Hahaa jahat diskriminasi betoi aku ni. Aku makan ikan yang biasa dan muka comel jah, kecik molek. Tapi semenjak dua menjak ni rajin pulak mencuba ikan yang selama ni aku tak makan.

Antaranya kerapu ni la ha....boleh tahan rasa dia. Sedap hingga menjilat jari tangan. Ikan mahalkan...Sekilo lebih dari RM50 sah2 dah. Dapat free rugi tak cuba. Tapi bila terbayang muka kerapu sebenarnya rasa macam nak termuntah semula je, tahan2 je sebab buruk benor pulak. Tu kan makanan yang halal di makan. Apa la aku ni.

Kalau orang lain buat masak stim, masak sweet sour, tapi aku belasah buat bakar je. Sebab aku suka yang kering2, tambah2 lagi ikan pelik macam ni (bagi aku la). Tak…

Lagu Tema Drama Saiful Nita

Lirik Lagu Kupilih Hatimu – Ussy Feat Andhika
Download  Lagu Kupilih Hatimu – Ussy Feat Andhika 4shared / weblagu

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku
Ooh....

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Ooh...
Tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Kerna sungguh cinta ini cinta sampai mati

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti
Aku tidak bernya…

Macam-macam

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah banyak ari tak berblog, tak BW dan sewaktu dengannya la. Apa nak buat keadaan tak mengizinkan. Bila ada adapter laptop, internet buat hal. Bila internet dah oke, bateri lappy pulak abeh. Sadis nak cas tak taw nak rembat adapter mana.

Selalu guna opis punya, tahan setakat 3-5 jam je pun ikut penggunaan le. Bersara berblog camni... hehee

Entry pendek pengubat rindu kat blog....hee

Cinta dan Benci

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Cintailah orang yang kita kasihi seadanya, mungkin dia akan menjadi orang yang kita benci pada suatu hari kelak. Sebaliknya, bencilah terhadap orang yang kita benci itu sekadarnya kerana dia mungkin akan menjadi orang yang kita kasihi pada suatu hari nanti.Aku:  Betul jugakkan....

Cinta

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Kalau tiada CINTA insan untukmu cukuplah CINTA ALLAH dalam hidupmu kerana kelak akan ada CINTA untukmu dari insan yang MENCINTAI ALLAH sebagaimana CINTAmu kepadaNya
Aku: Cinta tak semestinya memiliki...

Header Baru, Sidebar Baru

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Header baru....tapi rasa macam nak buat yang lain lagi. Bosan dah kot dengan yang lama.
Kena kemaskan lagi kot, kurang teliti masa nak bagi background belakang tu transparent. Laptop benda yang penting bagi aku, kucing binatang yang aku suka. Tapi aku tak suka pakai high heels, mungkin jugak tak reti. Huhuu... Seinci pun  aku boleh terpeleok. Tapi sebab lawa aku letak.
Sidebar pun versi malas, rasa macam dulu punya lagi lawa. Tunggu idea datang nanti la kot buat yang baru lagi. 
***************
Time aku malas, time adapter laptop rosak ada pulak BE bertapak. Alhamdulillah.... dugaan beserta ganjaran... Pinjam adapter orang je keje...hihi

Tidur

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....
Tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama-lamanya.Aku: Berpada2 la. Tidur secukupnya sudah, jangan berlebihan...

Kaedah Baca Yasin Ketika Sakaratul Maut

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kodek2 email lama, jumpa info pasal ni. Ni email asal, tapi aku betulkan spelling error dan apa yang patut je. Sesiapa yang ada ilmu tu, bolehlah sahkan betul atau tak. Pada aku, ada kebenarannya juga. Wallahualam....

*************************
Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran…

Pesan Saidina Umar Al-Khattab

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.sumber: UiTM forum ***************** Dah boleh login nuffnang. Ingat nak try la macam yui suggest klik forget password, tapi cuba login boleh pulak masuk. Maknanya sistem untuk akaun aku dah oke la kot...

Tak Boleh Login Nuffnang

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Menjenguk Nuffnang, login dia dah berwajah baru le. Risau jugak tadi kot salah website. Siap clear cookies bagai. Betoi la tu login Nuffnang berwajah barukan...

Masalahnya bila masukkan email ngan password... ni yang muncul....
Email/password salah... Semalam kot baru login takkan salah.... Semalam belum bertukar wajah lagi login dia ni..... Mungkin sistem dia take time kot nak kembali ke sedia kalakan. Tunggu dululah, kalau tak boleh login gak baru hantar tiket bantuan....huhuu

****************** Sory ye korang yang aku tak jenguk tu. Sejak adapter lappy rosak, aku BW berterabur. Blog dalam bloglist aku pun tak semua diterjah apatah lagi reading list. Cuma balas through komen je, tu pun risau kot ada yang terskip ke. Entry kadang2 autopublish je sebab tak nak entry sikit sangat. MAAF SEMUA...:(

Tips Turunkan Berat Badan

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....

Banyak faktor sebenarnya menyumbang kepada masalah kenaikan berat@kegemukan pada hari ini seperti tekanan, ubat-ubatan, keturunan, penyakit dan sebagainya. Apapun kita boleh berikhtiar untuk menguruskan badan selagi ianya tidak memudaratkan diri sendiri.

Dulu dah pernah bagi Tips Menurunkan Berat Badan dengan Cara Selamat. Hari ni nak berkongsi pulak sedikit tips untuk menguruskan badan berdasarkan pengalaman orang terdekat. Memang berkesan aku tengok mereka2 yang mengamalkannya. Mungkin boleh gabung kedua-dua tips ni.

1) Amalkan minum banyak air suam@kosong dan yang terbaik amalkan minum air limau nipis@kasturi suam. Kurangkan dan kalau boleh hentikan pengambilan air yang bergula, bergas, berais dan berperisa.

2) Jangan amalkan minum air berselang dengan makan. Ianya tidak elok dan boleh menyebabkan perut buncit.

3) Elakkan mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Kalau boleh hanya dua senduk setiap kali makan (senduk nasi biasa, dua senduk …

Awek Kelantan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Dulu kalau disuruh teka dari negeri mana aku berasal, selalu orang akan buat andaian aku berasal dari Kelantan. Awek Kelantan kau ni kan. Sengih je la sambil menidakkan.

Apa ciri-ciri yang buat aku dikatakan awek kelantan pun tak tahulah. Nak kata guna slang kelantan, tak jugak sebab mana reti sangat pun. Memang la aku dulu dok dekat2 gak dengan Grik yang bersebelahan je dengan Kelantan tapi slang Kelantan memang tak tahu sangat. Basic-basic tu semua orang pun reti kot.

Nak kata putih gebu macam kebanyakan awek kelantan pun tak jugak. Selenga je muka.. Selenga tu apa? Pegi search kat google.

Mungkinkah sebab suara yang halus menjadi penyebab dikatakan awek kelantan. Mungkin....

Cuma diakui memang orang tempat aku ada yang bercakap slang macam kelantan dah sket2. Tapi aku tak bercakap macam tu pun. Konpius...

Dulu ada jiran depan bilik tanya asal kelantan ke? Tak pun ada sedara mara orang kelantan ke? Muka sama  dengan jiran dia. Awek Kelantan jir…

Jenis Darah dan Personaliti

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah ramai blogger yang tulis pasal jenis darah dan personaliti ni. Aku pun nak buat gak entry sebab nanti tak payah aku tercari-cari, cari dalam entry dan blog sendiri je. Sumber tak tahu sebab tersimpan sejak zaman diploma lagi. Suka cari benda-benda perkaitan personaliti ni dulu. Macam biasa hanya untuk suka2, jangan terlalu percaya.

**********************

A Biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang. Mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala. Sebelum melakukan sesuatu perkara, mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebag…

Terima Kasih Stalker

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Stalker kejenya sudah semestinya stalk la kan2. Bagus jugakkan stalker ni, boleh menaikkan trafik blog. Bila rasa curious dah bertapak dalam diri, mahu setiap entry distalknya. Haha suka hati kau la.

Ni personal blog tapi tak semua entry bersifat terlalu personal. Cuma certain2 time tu je bila rasa perlu, sebab walaupun blog ni aku yang punya, tapi agak2 le jugakkan. Hee tapi aku sangat suka baca kisah orang, jangan ingat aku tak suka pulak.

Sambung pasal stalker ni, erm sape la stalker tu agaknya. Tapi mesti terdiri daripada kenalan2, saudara mara yang mungkin tak sangka diri punya blog sendiri. Erm ramai yang dah ada blog sendiri, apa nak herankan. Tapi memang dasat la bila habis entry digali.

Apa kau cari? Takde rahsia kat blog aku ni, mengumpat kau pun tak rasanya. Apa yang dikongsi kebanyakannya secara general. Tak tunding jari secara personal kat sape2 pun. Korek dan galilah berapa dalam kau nak asal kau bahagia dan aku pun bahagia tengok t…

Cari Daun Bidara

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Kat mana nak dapat daun/pokok bidara? Daun bidara, sebelum ni pernah dengar tapi tak ambil peduli pun. Kalau kat kampung selalu dengar orang kata daun bidara ni buat mandi mayat. Pernah la tengok orang bawa tapi takde la nak belek2 ke apa. Dan baru tahu daun bidara ni antara bahan penting dalam perubatan Islam.

Mak aih jenuh nak cari daun bidara ni kalau bukan kat kampung. Ustaz pesan nak cari daun bidara cuba cari kat masjid. Larat nak pergi semua masjid? Rupa daun bidara pun tak tahu, apatah lagi pokok dia. Bila tanya mr google, rupanya bidara ada jenisnya. Dan ada yang panggil pokok mata kucing sebagai bidara. Owh lagi konpius.

Usha juga anak pokok bidara kat nursery. Kalau yang jenis daun panjang tu, depa jual RM16 sepokok. Tapi bukan bidara untuk perubatan kot sebab takde duri. Yang daun dia kecik sikit tu RM25 sepokok, jenis yang dicari. Tapi dua2 kat nursery yang berbeza la. Kalau boleh nak yang daun kecik tu la.

Sape2 yang cari daun bidara…

Tips naikkan Page Rank

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Korang selalu ke cek Page Rank (PR) korang? Aku tak pun sebab kat sidebar memang dah ada icon page rank. Selama ni page rank blog ni hanyalah 1. Motif letak icon tu sebenarnya saje suka2 je buat penyeri blog konon2..

Terperasan hari tu PR aku dah naik 2. Alhamdulillah naik jugak dia setelah sekian lama. Penting ke PR ni? Yup bagi sesetengah blogger PR sangat penting. Dulu aku pernah terbaca kat sebuah blog ni pasal PR. Asalnya dia tinggalkan jejak kat blog tak glamer aku ni. So aku jejak la semula.

Daripada aku yang aku faham masa baca entry dia, dia takkan tinggal jejak/komen kat blog yang Page Rank 0. Dia hanya akan tinggal jejak kat blog yang mempunyai Page Rank 1 dan ke atas je. So maknanya sebelum dia BW ke blog tu mesti dia akan cek dulu Page Rank blog tersebut. Kalau 1 ke atas baru tinggal jejak. Lebih kurang macam tu la gamaknya.

Bercakap pasal Page Rank ni ada teori yang menyatakan komen kat blog yang tinggi Page Rank dia akan mempengaru…

La Tahzan

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama beli tapi terbuat koleksi disebabkan kealpaan diri. Ayat2 dalam buku ni berjaya menyentuh hati dan membuat diri berfikir apa itu erti sebenar kebahagiaan.

Banyak quote yang disukai dalam buku ni. Sedang dalam proses menelaah isinya lagi sebagai vitamin hati dan vitamin minda. La tahzan!! Jangan bersedih.Sama2lah kita menjadi wanita yang paling bahagia. InshaAllah...
(autopublish)

Celcom Internet Prepaid Lagi

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sebelum ni pernah buat entry pasal celcom internet prepaid, tapi untuk daily punya la. Kali ni nak share pasal weekly subscription pulak. Maklumlah aku sekarang pengguna celcom internet prepaid dan subsribe secara weekly.

Eh rugi apa subscribe weekly? Baik guna bil je lebih jimat. Mula2 aku rasa macam tu jugak. Tapi setelah ditolak dan ditambah rasa macam lebih kurang je. Lagipun lebih fleksible time nak bercuti pulang ke kampung tak payah la subscribe.

Dan yang aku suka masalah dengan quote pun tak timbul. Pakai bil dulu, dekat nak sampai tarikh bil baru, mulalah terkedek2 je line. Maklumlah dah terover limit, line pun sangat siput sedut. Nak kata line laju tak jugak, sama je. Biasalah line celcom ni ikut suka dia je la. Time laju laju la, time slow merungut la kita....;p

Tapi oke sikit la pada pandangan peribadi aku dan setakat ni la. Ke depan hari  kita tak tahu lagikan.

Nak subcribe weekly punya senang je. Kalau simkad dalam phone boleh tekan…

Lata Ulu Lawin

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Masa raya hari tu sempat nyinggah ke lata ulu lawin yang terletak kat Felda Lawin Selatan. Felda Lawin Selatan ni dalam daerah Lenggong, Perak lagi rasanya. Tapi dok tengah2 la antara Lenggong dan Grik.

Tak mandi pun saja rendam kaki je, lepak atas batu macam puteri duyong nikmati keindahan alam ciptaanNya. Sambil2 cuci mata tengok gelagat pengunjung lain yang bermacam2 tu.