Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....


Dah lama sebenarnya entry ni, kang kalau publish entry pasal ni kang orang cakap mengada-ngada pulak, bajet best je. Nak tegur secara direct risau ada yang kecik hati. Tapi hari ni nak publish gak.

Blog kita memang suka hati kitalah nak design macam mana pun kan. Aku pun setuju gak macam tu. Tapi korang sedar ataupun tak, sesetengah widget tu tak mesra pengunjung. Menyusahkan para pengunjung blog yang berniat nak mengomen entry atau meninggalkan jejak kat shoutmix/chatbox.

Mana taknya widget dia terlalu meriah sangat effect dia sampai terkena kotak komen ataupun shoutmix. Asal nak tekan komen je kuar new tab widget tu. Asal nak klik kat shoutmix je keluar new tab widget tu.

Mungkin sebab aku guna netbook, so view terhad, so aku ambillah inisiatif menekan ctrl plus - untuk kecikkan pages blog tu (takde kaitan pun, guna komputer rumah pun sama sebenarnya). Tapi tetap tak boleh elak tempias widget yang terlalu meriah tu. Line pulak bengong-bengong je, terus putus asa je dan tekan butang 'X'. Banyak blog lain lagi nak BW bukan satu blog tu je kan.

Dan satu lagi rasa macam fraud clik je sebab kita tak berniat nak ke link website tu pun. Berkali-kali try, berkali2 masuk ke website widget tu. Tahu tak apa yang aku maksudkan? Secara tak sengaja  blog widget tersebut mendapat trafik percuma daripada blog2 yang memasang widget diaorang dan tanpa kerelaan pengunjung tersebut pun. Bukan nak berkira tapi rasa tak best le...

*************

Mungkin lokasi widget tersebut dipasang tak strategik kot. Memang widget tersebut nampak comel, nampak bling2 tapi kalau tak sesuai better jangan letak. Ni pun pendapat peribadi aku je. Ye la blog masing2kan, suka hati masing2 la.

p/s: kalau ada widget kat blog ni yang mengganggu, silalah tegur. Ye la mungkin ada yang aku tak perasan tak okey.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative