Siapa Bos?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Topik hari ni siapa bos. Story mory pasal kerja la pulak. Maklumlah kadang-kadang kita ni buat kerja tak setimpal dengan gaji yang kita dapat. Kalau terlebih tu takpe, tapi kalau terkurang tak ke terfikir gaji tu gaji buta dan boleh jadi haram.

Ni bukan kes memang takde kerja tapi kes ada kerja tapi malas nak buat, banyak alasan, suka rilek dan buat kerja yang senang je. Tak hormat pihak atasan, pentingkan diri sendiri dan otak hanya fikir nak untung tanpa fikir halal ke haram duit tersebut dengan cara yang digunakan.

Kalau outstation, buat claim laju je tapi kalau suruh buat kerja sikit banyak betol alasan yang diberi. Sibuklah....ada hal lainlah dan seribu satu alasan sampai orang dah malas nak suruh dia buat kerjapun. Akhirnya kerja tu pihak atasan sendiri yang buat. Dia sedap je berinternet, bergosip. Perangai tak matang walaupun dah jadi bapak orang, mak orang.

Tak fikir ke duit gaji yang dapat tiap2 bulan tu halal ke tidak jadinya kalau dah macam tu attitude buat kerja. Boleh pulak arahkan pihak atas daripada dia buat kerja untuk dia. Hello, siapa bos ni? Bila ditegur menjawab, ada je jawapan. So kurang sopan la. Mentang2 la bos lebih muda daripada dia, so rasa hormat tu macam takde.

Mentang2 selama ni bos jenis tak berkira sebab malas nak dengar alasan bodoh yang diberikan, dia boleh kurang sopan dengan bos. Hey memang la umur kau tua, tapi pangkat bos lebih tinggi daripada kau.

Mentang2 la kau punya kabel kuat, berani buat onar la ye. Takpe bagilah anak isteri kau makan duit tak berkat tu. Duit daripada hasil kau buat kerja lepas batuk di tangga, melawan bos, bagi alasan, terlebih claim dan sebagainya.

Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segalanya.

**************************

Aku tahu ramai kawan2 blogger aku cikgu, kerja opis dan sewaktu dengannya. Korang jangan contohi attitude sambil lewa macam kat story atas ni. Buat kerja dengan bersungguh2, ye kadang2 memang rasa macam paksa diri je buat kerja dan macam tak ikhlas, tapi pastikan kerja tu disiapkan sebaik mungkin. Sekurang2nya kita cuba menghalalkan gaji yang kita dapat setiap bulan.

Hormatlah orang atasan selagi mereka boleh hormat orang bawahan walaupun usia mereka mungkin lebih muda daripada kita. Bos perempuan pun tetap bos.

Bos selalu suka orang yang outspoken, tapi yang outspoken tu kadang2 depan bos je perfect. Setiap orang ada kelebihan masing2, ada pandangan masing2. Terpulang.

Comments

btol tu..kt kena fikir usaha kt perlu lbh dr gaji..itu lbh baik..
Onitsuka_hana said…
terima kasih bagi nasihat :)
Ujie said…
Ni kes tmpt keja gomen biasanya. bos muda sbb ada degree, anak buah org lama..kabel kuat. Rasa dh senior, takmo ikut arahan bos. Mmg dilema sungguh.
Apa yg penting keje mesti siap!
Nasuha said…
akk. sy nk tnya blh. mcm mn akk buat kotak iklan kt ats tu..
anismelon said…
hehe..kalau keje tak banyak leh xberinternet..hehe..
Remy hazza said…
betul tu... kekadang terfikir jugak... bulan posa nie remy kurang sikit busy.... blh blogwalking bila2 masa... terasa cam byk curi tulang.....
Elie Lily said…
Dulu waktu kerja, bengang jugak kalau bos asyik suruh buat itu ini, carut jugak dalam hati. Tapi nak tak nak, bos tetap bos kan. :)
|| NaFiRaa || said…
okeh.. lepas nih nak kerja rajin2.. heehhe
Kakzakie said…
Manusia macam-macam ragam Sya.. harapnya N3 ini dijadikan renungan bersama..
Prettywrite said…
wahh..siapa berani buat macam tu kat bos tu..tak baiknya..sepatutnya kerja kita, kita lah yang buat..tua buat la cara tua..tunjuk teladan yang baik2 sepatutnya..huhuh
Kazman / Sue said…
bab claim ni memang cargas.... kat mana2xpun situasinya sama kan... iyela kan.. bab duit...
O CIKTEDDY said…
kan.mungkin org lain x nmpk tp Allah selalu memerhati kita..tak lepas walau sedetik.
L said…
luahan perasaan.. hehe.. dibayar utk buat lain, tapi lain dibuatnya
-meeSUPERGIRL- said…
perkataan terbaik utk situasi diatas --> makan gaji buta . kan?
Liza Razak said…
bila bekerja ni kena ikhlas..barulah berkat :)
Nens Collection said…
kalo bos okey kite pon okey kan..
kdg2 senior2 ni lebeh ngada2nye dr bos..
Kancil 8349 said…
jika sedar ndak apa...yang belum sedar tu bikin panas...hehehe
syiela said…
time takde keja mmg layan tenet je
C'Jai said…
Harus saling hormat menghormati... :)
E'in said…
kadang2 e'in ngular gak time keje.. huuuuuuuuuuuuu
masa saya kerja dulu.. bos saya baik giler! pekerja2 yang lain pun sama.. saling bekerjasama.. saya rindu saat tu :(

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing