Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Persiapan balik kampung? Belum siapkan apa2 pun lagi. Kereta pun tak servis lagi. Perancangan asal tak beraya kat kampung, beraya kat KL je. Dah hujung2 raya baru nak balik kampung. Tapi rasa tak sampai hati bila salah seorang kakak beria nak beraya sama2 kat kampung.

So last minit punya plan la ni. Hari ni baru booking servis kereta kat Perodua, mujur berjaya dapatkan tarikh sebelum balik kampung. Kalau penuh terpaksa cari back up plan le. Sebenarnya masih ada 1000km lagi sebelum next servis. Cukup sangat perjalanan pergi dan balik kampung dan beraya dari rumah ke rumah masa kat kampung. Tapi perjalanan jauh, tak nak amek risiko, bawak pun dah tak sedap. Tekan pedal minyak macam tak nak jalan je. Alang2 servis teruslah sekali.

Maklumlah pemilik kereta perempuan, tahu basic2 je pun pasal kereta. Kesian tak de siapa yang nak tolong tengokkan, pandai2 le sendiri. Kalau urgent tu selalu my BIL le selalu jadi rujukan. Basic2 pun dia la ajarkan. Bila kereta buat hal, memang susah hati. Bila takde yang boleh tolong, lagilah susah hati kena handle sendiri. Mengadap muka mekanik dan mungkin bakal disembelih hidup2.

Semua pakai duit... Ni bukan nak mengeluh tapi saje je nak bercerita membebel2 sesuka hati.

Eh korang camne nak tahu tayar ori ke tak ye? Dah banyak kali tukar tayar sebab kena paku la, skru la, terlanggar lubang. Tak sure la tayar tu ori ke tak. Dah la tak seimbang sebab tukar satu tayar semata2, bajet lari memang tukar satu je dulu time tu. Walaupun dinasihatkan tukar dua2, terpaksa ingkar nasihat.

Hari tu masa membelok, tetiba je rasa macam tayar terangkat, mungkin tak seimbang la kot. Tekanan angin dua2 tayar patutnya tak sama dah kot. Bukan aku yang drive, my sis. Kalau aku bawa sorang2 mahu dah terbalik kereta kot sebab ringan. Kalau nak tukar tayar 4 ketul sekali mahu dekat 1k gak kot. Alang2 baik tukar yang berkualitikan. Pulak....ish2

Tapi....jalan kat Malaysia ni banyak lubang la. Mak aih tayar kereta penah terkena skru dalam lubang tu sampai kena tukar, tampal pun tak boleh. Kereta besar mungkin takde effect sangat la, tapi kereta kecik, memang jahanam tayar+rim. Baru je tukar tayar dah terlanggar lubang lagi. Panas hati...

Tak boleh ke selenggara jalan molek2? Jalan2 yang kita aku tak familiar ni bukan perasan pun ada lubang dan bila perasan dah tak boleh nak elak. Padahal bukan bawa laju mana pun 60-70km/j je. Kalau laju lagi dah tercabut kot tayar dengan rim2 sekali, siap terbabas masuk longkang takpun langgar besi pengadang jalan. Minta simpang la....

Punca kemalangan, keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik. Kalau mengelak lubang, nanti terlanggar motor or kenderaan lain. So langgar je la lubang tu sebab tak nak langgar orang lain. Tapi kalau tak dapat kawal kereta mungkin gak accident dengan kenderaan lain gakkan.

Tu satu hal, sesetengah jalan tu line putih pun hilang. So pandai2 la buat line sendiri sampai kadang2 termakan jalan kereta lain. Sedangkan ada line putih tu pun sesetengah pemandu makan jalan masa drive, takde line putih lagilah teruk. Tempat yang tak familiar, ingatkan satu lane je jalan, owh rupanya dua lane. Hahak pernah kena hon sebab dok tengah2, maklumlah takde line, rupanya dua lane jalan tu. Tu pun penyebab accident gak...

Lain tempat lain jalan. Memang la lain. Yang aku maksudkan sesetengah jalan tu susur dia pelik. Mula2 anak panah terus, pastu ada pulak chevron line kat situ, pastu tiba2 anak panah membelok lak dah. Menjadi satu kesalahan lalu kat atas chevron line tu, kalau ada polis tunggu, memang kena saman. Tapi....kadang2 macam tak logik je chevron line tu wujud kat situ (sesetengah jalan). Dan selalu terbuat jalan kat atas tu. Muahehe

Pastu jalan yang dua/tiga lane, kadang2 lane kiri/kanan menyusur ke lain. Okey aku selalu terkena, hari tu pun pegi Hulu Langat jalan macam tu la, adeh boleh tersalah masuk lane, bagi signal molek2 kereta2 lain sombong  belaka tak nak bagi jalan maklumlah tengah hijau untuk terus. So peduliklah menyusur je la kemudian patah semula. Erk daripada tension kena hon time puasa or nyusahkan orang lain nak brek, layan jelah keadaan jalan dia tu. Hulu Langat tu memang jalan yang sentiasa sibuk kot, ke time aku pergi je. Tapi jalan dia memang bikin aku pening kepala, kejap ke sana, kejap ke sini. Macam jalan kat Sungai Siput, Perak tu la jugak. Ala kebanyakan tempat memang pening dia lain2.

Kalau aku cakap jalan raya kat Malaysia ni pelik, tak adil le sebab aku tak pernah pergi meninjau luar Malaysia lagi. Ntah2 lagi pelikkan. Okey pelik bagi otak aku je la sebab otak aku ni sehala je, bukan putar belit macam jalan tu, sebab tu ditafsir pelik kot. Tak logik untuk otak aku.

Hari ni entry membebel.... sebab banyak benda nak kena fikir, bila bukak blog, entry membebel la yang laju je tangan dok taip...Hahaa

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative