Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Separa terlambat tapi masih boleh ucapkan, kan? Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat blogger dan pembaca. Maaf zahir dan batin, salah silap menulis, mengomen yang buat korang terasa hati, dengan rendah hati saya memohon kemaafan. Lama tak mencoret di blog angkara demam dan balik beraya di kampung halaman.

15hb Ogos 2012
Dah mula rasa tak sihat, tapi masih mampu ke perodua untuk servis kereta. Tayar kereta botak, kena tukar tapi disebabkan charge kat Perodua mahal, tak buat.

16hb Ogos 2012
Dah mula demam, sesema, sakit kepala. Tapi masih mampu gagahkan diri drive ke rumah kakak, abang ipar tolong bawa kereta ke kedai untuk servis bahagian tayar. Tukar 3 tayar sekaligus sebab tayar botak dan makan sebelah. Timbang tayar, wat alignment dan balancing, betulkan chamber.... Tambah2 semua habis RM500 untuk tayar sahaja. Plan nak balik kampung hari Khamis hancus. Balik demam tak larat nak bangun. Diskaun tol pun melayang....

17hb dan 18hb Ogos 2012
Demam... Satu badan sakit2. Risau jugak terkena demam denggi sebab kat sini banyak kes. Tapi masih slamber tak pergi klinik. Dengan selesema makin kroniknya. Tapi gagah jugak pergi beli barang2 untuk masak raya dengan my sis.

19hb Ogos 2012
Kesan demam masih bersisa di pagi hari raya, mula2 dah tak jadi balik kampung. Tapi sebab dah berjanji dengan kakak, balik jugak Perak. Tapi bertolak tengah hari raya pertama. Trafik tak lancar, banyak kereta rosak sepanjang perjalanan, banyak jumpa accident. Dalam hati berdoa semoga perjalanan selamat. Lewat petang baru sampai ke destinasi.

20hb - 24hb Ogos 2012
Beraya bersama keluarga kat kampung. Raya ke 3 birthday aku dan raya ke 3 gak rumah kena pecah masuk, angpau raya hilang (anggaran RM200), kotak berisi kerongsang, barang2 kepunyaan anak saudara lelaki hilang (deodorant, pencuci muka, krim rambut etc). Habis diselongkar barang2, pintu rumah terbuka masa balik tu.

25hb Ogos 2012
Bertolak balik ke KL pagi tu. Tapi singgah kat Slim River kampung abang ipar kejap, lunch, rehat2 dulu. Dekat pukul 6 bertolak balik KL. Cuak jugak takut jalan jem, tapi Alhamdulillah langsung tak jem kat tol Duta, kat jalan ke Sogo yang selalu jem tu pun smooth aje. Tidur rumah my sis dulu.

26hb Ogos 2012
Beraya ke rumah mak cik kat Ampang lepas tu baru balik rumah sewa sendiri. Baru dapat online...

****************************

Masa balik kampung, dah sampai sempadan negeri Perak baru teringat terlupa nak bawa balik laptop. Maklumlah pagi tu memang kelam kabut kemas barang nak bawa balik kampung.

Takkan nak patah semula dah hampir separuh perjalanan. Risau jugak tertinggal lappy kat rumah sewa. Tapi mungkin ada hikmahnya sebab rumah kat kampung kena pecah masuk, kalau bawa balik mungkin dah selamat di tangan orang tak sekolah tu. (BW slow2....jangan marah ek lambat terjah rumah korang)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative