Pantun Kad Raya

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Teringat semula kenangan berkad raya masa kecik2 dulu. Zaman sekolah dolu2 la. Kalau antar kad raya je mesti nak selit dengan pantun yang memang rata2 digunakan setiap orang sebagai penyeri kad hari raya pada masa tu. Masa sekolah dululah rajin menulis pantun macam tu.

Antara pantun yang masih segar di ingatan ialah:

Pecah kaca, Pecah gelas,
Dah baca, Harap balas.

Pecah kaca, Pecah tong,
Dah baca, Silalah gantung.

Pecah kaca, Pecah sampan,
Dah baca, Tolong simpan.

Pantun yang last sekali tu selalu guna bila dah masuk sekolah menengah. Sebab rasa macam tak sopan nak suruh orang balas kad raya, macam tak ikhlas je pulak kan. Pastu fikir logik takkan nak paksa suruh orang gantung kad raya kita lak dah, ish tak sopan. Tolong simpan takpe la. Suka hati dia nak simpan ke tak, bukan kita tahu punkan..hehee

Dah lama tak berkad raya ni. Last berkad raya tiga empat tahun lepas kot. Seronok sebenarnya budaya berkad raya ni. Cuma tahun ni masih belum ambil inisiatif untuk berkad raya semula. Insyaallah mungkin tahun depan jika diizinkanNya dan masih panjang umur dan tak lupa.

Rindu zaman dulu2....

Comments

Remy hazza said…
remy pun rasa nak hantar kad raya jugak lah... untuk tahun depan ler... tahun nie dh tak sempat.....
dEdEQ dE wIshEs said…
A AH LA KAN .. SEKIAN LAME DA TGGAL KAD RAYE .. EKEKE .. T LA .. TAUN DEPAN INSYA ALLAH BERKAD RAYE .. BAK KATA ARISYAH .. KALAU PANJANG UMO .. HEHEHE
Mak Wardah said…
Salam kenal. Kad raya....rindu zaman tu. Take care
Nurulee said…
Ee pun dah lama tak main kad raya ni =D
maszull said…
assalamualaikum aishah..memang best masa dulu2kan kita masih dapat kad hariraya skg ni dah susah sikit...:)
ieda said…
seronok kannn
teringat zaman belajar2 dulu
tuu memang pantun yg selalu digunakan dlm kad raya ekeke ;)
skrg dah x berkad2 dahh huhuh
ridhwan asri said…
sama la kta...klu dlu2 blas2 kad rya dgn spupu2 je..mklum la spupu rmai..sronok dpat kd rya n smpai skrg pn still simpan buat hiasan time raya..
-meeSUPERGIRL- said…
ade lori ade bas , dah dapat harap balas . MUAHAHAHA!
noraauliyya said…
zaman sekarang ni zaman IT, jadi ramai yang dah malas nak buat kad raya kan? saya pun macam tu dulu.. kalau boleh kat semua kawan-kawan nak bagi. kenangan bagi n dapat kad raya tu sangat manis sebenarnya.
syiela said…
suka yg 1st tu sangat terkenang zaman kanak ribena :)
MulutPayau said…
dah lama tak terima kad raya... seronok sangat kalau dapat kad raya.....mmng rindu saat dulu2...
kajaharuna said…
nasib baik tak penah lagi dapat kad raye yang ade pantun2 macam tu..

Selamat hari raye :)
dwaty said…
Saya pun dah lama tak dpat kad raya... Amboi... Mengharap org bagi la plak.. Baginya tak... Ishishish
HeNRieTTa JoSe said…
Hehehe...rietta piwn biasa dulu dpt ontun cmtu....
sekarang ni susah la nk berkad raya ni, ntah2 kad raya sekrang pun dah tak laku macam dulu :(
Azham Vsvc said…
hehe....teringat zaman hantar kad raya dulu...sgt meriah bila dpt balasan hehehehe
hihi,rindu nak pntun tu semua..
Nens Collection said…
pantun tu mmg kene ade kan..x lengkap kalo x tulis kt kad raya..hehe..nostalgia la..kiki
J.Syazwana said…
kad raya tetap di hati. hehehe
E'in said…
dulu mmg rajin laa heh bg and terima kad raya.. huhu..

psst! akak dh kena tag.. hehe
Koding said…
Pecah kaca.. pecah simen..
Sudah baca.. harap komen..
Azham Vsvc said…
Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin!

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing