Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup kita, tak semua seperti yang kita rancangkan. Kadang2 sesetengah keputusan yang kita buat membuatkan kita berfikir dan terus berfikir betul atau tidak keputusan tersebut. Kadang2 terbit sisa2 penyesalan kerana memutuskan keputusan tersebut.

Kadang2 kita lepaskan orang yang kita sayang sebab kita nak dia dapat orang yang lebih baik daripada kita. Tapi dalam diam hati memberontak sebab sayang yang timbul bukan mudah untuk dikikis. Tapi sampai satu saat semuanya sudah terlambat, dia sudah jumpa orang yang lebih baik seperti yang kita harapkan.

Hati menangis, rasa macam tak redha. Cuba lepaskan perasaan tu tapi tak mampu sepenuhnya. Bukan senang dan mudah untuk menerima dan menyayangi orang lain dalam hidup, sesukar itu juga untuk melupakan orang tersebut. Perasaan apakah itu?

Mungkin itu hikmah supaya diri lebih dekat kepadaNya, mohon petunjuk supaya hati yang gelisah redha dan tenang. Dan moga diri dapat memberi ruang kepada hati supaya menerima orang lain dalam hidup, moga insan lain itu lebih baik daripada dia.

Doaku dari kejauhan semoga dia berbahagia bersama cinta hati kerana antara kita tiada permusuhan, antara kita mungkin sudah tersurat tiada jodoh. Aku masih berpegang-kalau ada jodoh di antara kita, kita akan berjumpa dalam keadaan yang terbaik dan diredhaiNya.

Walaupun waktu tak mampu melunturkan rasa sayang tu, rasa itu akan dilontar ke sudut paling dalam kerana kau dan aku tidak mungkin bersama.

Menghitung hari...semoga dia berbahagia sehingga akhir hayat bersama cinta hati. Ikhlas ke hati berkata macam tu? Tak pasti....

Menyesal? Pun mungkin. Setelah kita hilang orang/benda yang kita sayang menyesal pun dah tak guna. Just looking forward.... Jangan ulangi kesilapan yang sama. No point of returns...

Wahai diri, wahai hati kau harus tabah dan kuat, kau harus survive... Jangan biarkan perkara lepas menjadi mimpi yang tak sudah.

Sekadar Nukilan Rasa....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative