Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Aku ada lapan akaun e-mail tapi aku ni pemalas yang teramat nak cek akaun e-mail. Login blog rajin le jugak tapi nak klik kat e-mail kemain susah lagi. Liat semacam je.

Lima akaun dengan yahoo dan tiga lagi dengan gmail. Kenapa banyak sangat e-mail aku ada ni? Hahaa untuk facebook satu, e-mail peribadi satu, untuk blog satu, e-mail rasmi blog satu, e-mail untuk shopping online satu, e-mail YM satu, lagi dua tu backup nak register kat mana2.

Selalu aku tak ingat password bila ada rasa keinsafan nak jenguk e-mail. Kalau yahoo mudah sikit dia bagi security question untuk claim email. Tapi gmail agak susah kalau tak masukkan phone number, proses dia makan masa tu. Tetambah bila dah try banyak kali dan salah, kena block. Huhuu

Password pulak haruslah berbeza untuk setiap e-mail, setiap akaun laman sosial pun berbeza password. Ting tong kepala otak nak ingat semua. Kalau tulis takut tercicir pulak nanti.

Bukan tamak tapi tak nak campur aduk antara semuanya dulu konon2. Tapi sebenarnya lebih mudah kot kalau guna 1 e-mail je. Senang nak ingat.

Tapi tu memang kenyataan...aku memang seorang yang tak rajin nak login/cek e-mail kecuali kalau ada hal penting macam nak bagi address kat kawan blogger atau bila order something yang memerlukan cek e-mail atau register kat mana2 yang kena validate through e-mail.

Berapa akaun e-mail korang ada?

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative