Istimewanya Ogos

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bulan Ogos bulan yang istimewa sebab bulan kelahiran ibu tersayang dan juga diri sendiri. Cuma mak aku lahir awal bulan lapan. Aku pulak antara tengah nak ke akhir bulan dah.

21 Ogos bertambah lagi usia.... Syukur masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas. Dan sangat berharap kepada diri sendiri supaya berubah menjadi lebih baik. Ye kadang2 terasa diri makin jahat bukan makin baik. Moga ada perubahan yang semakin baik bukan semakin tak baik.

Apa yang istimewanya pasal kelahiran diri. Aku tak dilahirkan kat hospital macam kakak-kakak aku. Aku dilahirkan di rumah, rumah sewa kampung. Sebab masa tu mak ayah menyewa rumah orang lain. Dilahirkan tepat jam 12 tengah malam ikut jam bidan tu la kot. Hehee

Seorang yang degil, keras hati, keras kepala, ego, tak pandai tunjuk perasaan sendiri, garang tapi bertempat la, perahsia. Tak pandai amek hati orang. Sejak dari kecil tak suka senyum, suka buat muka. Ye la kot sebab tengok gambo masa kecik cengeng semacam je.

Yang baiknya aku tak tahu le, itu hanya orang yang kenal rapat boleh nilaikan macam mana diri aku. Yang seronoknya jadi anak bulan lapan ni, masa sekolah dulu anak2 bulan lapan dapat hadiah sebab lahir bulan kemerdekaan.

Dulu pernah cakap kat mak, kenapa tak lahir 31 Ogos je, terus tarikh merdeka, orang mesti ingat hari lahir aku sekali. Ala masa tu budak2 lagi... Hehee. Dah besar ni tak kisah pun orang ingat ke tak hari lahir...

Selamat hari lahir semua blogger yang lahir bulan 8. Aku golongan Leo yang garang.. Grrr

**entry lapuk sebab laptop tertinggal kat rumah sewa cuti raya hari tu...*_^

Comments

wah, sama bulan dengan mak saya...

selamat menyambut hari jadi ya... :D
Kakzakie said…
Tak kiralah nak kata susah senyum, ego atau apa juga tapi jauh dari yg kakak layari N3 Sya selama ini Sya ada sifat lembut dan suka berterus terang... ini Sya tak nampak ye:)

Walau lambat tetap kakak nak ucap selamat ulangtahun kelahiran...
Kazman / Sue said…
ala comelnya diaa.... Selamat hari raya dan maaf zajir batin dari kami sekeluarga...


p/s: ni kalau jumpa orang myanmar jumpa mahu dia buat lauk kari daging ni.... bahaya betul baca....
fadh leyanie said…
grr..garang jugak,
selamat hari lahir yang ke teett..semoga dilimpahi rezeki dan diberkati Allah SWT.:D
tak trlmbt nak wish kan??hihi..slmt hari lahir kedua2nya.
Kesuma Angsana said…
hepi belated birthday yek!
Totie@Tomy said…
happy belated birthdY...
|| NaFiRaa || said…
Happy belated birthday..
moga semua doa dan impian akan jadik kenyataan..:)
QA's ~ mamapapa said…
syoknya sambut birthday pada hari rayakn?jmput follow kmbali :))
syiela said…
walau terlewat tetap nak ucap selamat hari lahir..
Remy hazza said…
selamat hari lahir.......
walaupun dah terlepas..... tetap doakan kesejahteraan mu....
hey august-mate! *sep*
happy belated birthday ye awak.. saya bangga saya seorang leo.. aum aum.. hehee

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing