Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

takde pic wit baru...sedih x..huhuu
Hari ni lambat bersiaran, kesibukan sebentar. Pagi tadi pergi bank, alang2 ingat nak tukar la duit raya siap-siap. Sonang nanti tak payah keluar dah. Lagi pulak ada yang cakap takut duit untuk tukar habis nanti kalau lambat.

Kat CIMB-kata Cik Puan CS tu untuk tukar duit raya belum boleh lagi. 8hb ni baru boleh mula tukar. Owh oke aku salah date rupanya. Pergi BSN pulak, kata incik tu boleh mula tukar duit raya 9hb nanti kat BSN. Owh lagi lambat rupanya. Apasal salah date je ari ni.

Takpe la. So pergi bank Islam pulak, maklumlah banyak bankkan. Kata incik CS tu, boleh tukar tapi notes baru dah habis. Wah cepatnya habis... Tapi ada aku kesah duit baru ke lama? Nak bagi orang kot. So ambillah nombor giliran.

Bila giliran dipanggil, incik kaunter tu inform duit baru memang dah takde. Okey tak kisah asal dapat tukar je, jawapan slamber. Huhuu. Tapi dia cakap yang tinggal duit lama singgit je, tu pun dah nak habis. Alahai...penat aku tunggu. Amek je la singgit dulu. Yang lain2 tu nanti la setelkan.

Intebiu incik kaunter tu, kalau datang next2 days pun memang takde ke duitnya. Dalam hati sebenarnya dok agak setiap bank mesti ada peruntukan untuk tukar duit raya. Macam mengiyakan apa yang aku fikir dia jawab memang takde. Kalau dah habis, habislah.

Owh macam tu, takpe la incik. Terima kasih saje je nak nyibuk. Ha jawapan nak nyibuk tu tak la aku cakap. Kang dia cakap sengal apa kakak sorang ni, sendiri yang segan.

Cukuplah tiga bank je, tak larat dah nak menapak ke bank lain. Duit baru dah habis, duit lamakan ada..

******************

Mesti masing2 nak beraya dengan duit barukan. Teringat status seorang kawan fb, dia tulis dia hanya terima duit baru je sebagai duit raya. Kalau dapat yang lama pun dia nak tukar dengan yang baru. Mak aih eksaited sungguh.

Nanti lama2 dah terbiasa dengan yang baru, tak heran dah. Macam syiling baru la, dulu aku jakun siap simpan 1 set, now tak amek pusing dah. Tapikan best juga eh kalau dapat duit baru. Huhuu

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative