Baik Buruk MLM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Multi Level Marketing ataupun lebih glamer dipanggil MLM ni sangatlah popular kat Malaysia. Banyak  produk yang bernaung di bawah kategori MLM. Produk MLM ni ada kualiti tersendiri, cumanya bila sebut MLM aku memang akan takde perasaan.

Dulu pernah la ikut my sis pergi perjumpaan MLM kat Mines masa tu. Sekali tu je pegi. Pergi pun untuk jaga hati my sis yang beria-ria ajak. Sebab aku ni bab-bab MLM yang cari downline memang aku dingin membeku. MLM apa biarlah rahsia, tapi aku sendiri ada guna produk dia (mesti korang boleh agak).

Masa tu memang meriah la sangat dengan kata-kata motivasi, semangat dan pengalaman upline yang dah kaya raya. Masing2 bawa kereta Mercedes dengan plat nombor yang ditempah khas untuk membuktikan kejayaan mereka. Dari Sabah Sarawak pun ada datang. Kebabom kau...grand sangat.

So aku turut dipengaruhi untuk menjoinkan diri sebab masa tu baru abeh study. Aku pulak dengan slamber fight dan keluarkan hujah keburukan MLM ni. Hehee up line tu siap cakap kat sis aku aku ni orangnya negatif. Erm memang aku negatif pun..huhuu

Aku tak suka pengaruhi orang untuk join sesuatu yang aku sendiri tak suka. Lagi pun aku bukan jenis yang bermulut manis nak bermarketing kat orang.

Awal2 aku dah kaji dan bincang dengan kawan2, MLM ni memang sistem piramid jugak cuma legal je kat Malaysia ni. Korang fight la macam mana pun itu hakikatnya. Cumanya pernah terbaca yang Singapura memang haramkan MLM kat rakyat dia (tak sure betul ke tak).

Keuntungan (komisen) yang upline dapat semua berdasarkan kerja keras dia dan downline bawah dia. Tapi yang akan paling teraniaya ialah downline yang paling bawah kalau dia tak dapat nak cari orang lain untuk dijadikan mangsa. Kalau semua rakyat Malaysia join MLM pun tak semua akan untung, hanya orang yang betul2 gigih mencari mangsa je.

Dah la kena buat loan bank lak tu kalau nak join dan dapat komisen. Mula2 memang akan dapat imbuhan. Tapi sekali tu je la, lepas tu pandai2 la cari dan kumpul downline ataupun aku istilahkan sebagai mangsa-mangsa.

Pernah berbincang dengan seorang kawan yang agak Islamic, pendapat dia MLM ni patut diharamkan sebab pada penghujung sifatnya menindas orang lain. Ye la senang2 je upline untung sedangkan downline tak dapat apa2.

Aku bukanlah anti gila2 dengan MLM ni, terserah kat diri masing2 untuk join ke tak join. Itu hak masing2, cuma don't try to influence me again and again pun dah cukup la. My answers still same-NO. Muktamad...

Seperti aku tulis awal2 tadi, produk MLM banyak juga yang berkualiti. So mungkin boleh jual produk je tanpa mencari downline. Tapi masalahnya harga sesetengah barang2 MLM ni kemain lagi mahal, harga RM500 jual sampai RM2000. Kejam jugak la, untung berganda tu.

Untuk rujukan bersama boleh ke link di bawah:
Multi Level Marketing Menurut Shariah
Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O
Garis Panduan Perniagaan MLM yang HALAL
Lagi berkenaan Hukum MLM Hai O. Halal atau Haram?

Comments

dwaty said…
saya dah serik... serik sangat... tak suka!!!
Kesuma Angsana said…
tepuk dahi tanya hatilah.. terpulang masing2 kan
Kakzakie said…
Jujur kakak tak nak lindung kakak memang tak pandai buat MLM. Tapi kakak kakzakie yg buat sekarang dia kira senang, produk dia pun kakak guna-pakai. Kami yg keluarga pun tempias sama nikmatnya walaupun kami tak mengikuti seperti jejak dia.

Kakak kakzakie tu mula berkecimpung sebab kematian suami masa anak kecik-kecik so dia nak dapat side-income last dia sekarang dah concentrate dgn MLM dan memang dah berjaya..
Aishah Jahirah said…
@Kakzakie
rezeki kakak kakzakie mmg kat situ...tak semua MLM tak bagus produk dia.saya pun masih guna produk2 MLM tertentu...;)
amranaiman said…
kadang org buat MLM ni mcm menunjuk pun ade gak.. tnjuk2 merc.. pdhl xhbs byr lg.. :P ade baik buruknya betul2.. tp kalu bukan jnis rjin nk brcakp x usahla masuk..
Remy hazza said…
jadi dealer cukup lah...tak payah cari downline..... kalau yg rajin buat pronotion dan tak segan oklah...kalau yg pemalu...kasihan kat org tue..... byr mahal2 tapi tak boleh nak gerak.....

remy memang tak suka nak berMLM nie....
saya memang tak pernah minat dengan mlm ni sebab tak pandai tarik orang.. huhu
ieda said…
susah nak percaya dah skrg dgn MLM nie .. dah macam2 jenis ada huhuh
syiela said…
tak berminat sebab tak pandai cakap dan pujuk2 hehehehe mmg keras kejung dan kaku je camner nak carik dline :)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing