Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Semalam adapter aka charger laptop netbook terbakar. Sadis sungguh bila tengok adapter berasap, berapi. Cepat-cepat tutup suiz. Bahaya betulkan, agaknya kalau tinggal laptop tengah cas dan tak sedar boleh menyebabkan kebakaran kot.

Makanya nak online pun susah le tanpa laptop netbook comel tu. Semua jadi tergendala. Dulu skrin yang rosak, sekarang giliran adapter pulak dah. Biasalah tu benda kita guna hari-hari cepatlah rosak. Hee mungkin jugak tuan yang guna tu ganas kot. Aku le tuh.

So sementara nak mendapatkan adapter baru untuk netbook, tunggang langgang la hidup tak dapat nak online dengan jayanya. Agak-agak berapa eh harga adapter netbook? Ke boleh baiki/tukar apa yang patut?Melayang RM....

Bila tah nak cari adapter baru. Malasnya nak turun Low Yat....tapi kat situlah banyak pilihan kedai dan harga pun.

Adapter, adapter masa ni la nak terbakar pun.... Nak tips tukar skrin Laptop----> Proses Mencari Screen termurah

Nak tahu harga adapter dan tempat beli adapter---->Harga Adapter Laptop

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative