Gary lagi laju kot...hehee
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Memandu terlalu slow pun masalah juga. Aku tahu sesetengah orang ada sebab yang kukuh untuk memandu terlalu slow. Dulu pernah terbaca kat blog seorang kawan blogger, adik dia sakit yang sensitif. Terhentak sikit pun sudah memberi impak yang besar iaitu kesakitan. So mak dia memang akan bawa kereta slow2.

Tapi...ramai juga yang sengaja bawa santai-santai. Sekitar 40-50 km/j drive. Ada yang mencari jalan, ada yang sengaja nak santai2. Aku tak kisah pun sebab tu hak masing2kan.

Cuma tadi nyaris accident sebab aku nak masuk susur. Aku memang tengah pecut dengan jayanya sebab tengah2 panas ni nak cepat sampai je tempat ditujui. Pecut2 aku tu ada la dalam 80km/j je. Dari jauh memang dah bagi signal. Sekali nak tercium bontot wira. Dari mana wira datang aku memang tak perasan.

Mujur sempat brek mengejut tapi semua barang dalam kereta memang terpelanting la. Spontan tangan tekan hon. Pastu dok fikir balik pehal aku hon dia, aku pun tak sure dia datang dari mana. Kalau dia datang dari susur memang patut pun kena hon, sebab bagi laluan. Dia bawa slow teramat weh. Kereta family rasanya. Mungkin gak cari jalan.

Tak ke haru kalau tercium bontot wira. Sebab setaw aku kalau berlaku accident selalunya kereta yang mencium bontot tu yang akan dipersalahkan kecualilah boleh dibuktikan sebaliknya. Sebab ikut teori mesti kereta belakang tu ikut terlalu rapat.

Terlalu slow pun masalah juga... Terlalu laju jangan dok buat la. Sedang2 dan ikut had laju sudah... Alhamdulillah takde apa yang berlaku... Syukran Ya Allah.

Tapi selalunya yang dok drive slow ni kereta orang tengah bercinta. Maklumlah nak lama2 bersama kekasih hati pengarang jantung, bawa la slow2. Yang tak boleh blah bawa ke tepi ke tengah pun ada, tak sedar diri dok lorong laju pun ada. Opps stop...dok kata lebih2 kang diri sendiri yang buat. Ke anak2 buah aku sendiri yang buat. Minta dijauhkan....

Sory aku baru terhegeh2 nak BW ni... Tadi ada hal sikit.

Semalam, 24/07/2012 genap 17 tahun pemergian ayah tercinta. al- Fatihah untuk arwah.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative