Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

ni antara kucing yang pernah aku jaga sekejap..memang nakal tetambah budak2 kecik tu.

Kucing dan terapi...

Mengarutkah aku? Suka ati la nak mengarut pun sebab bagi aku bela kucing tu memang terapi. Kalau bagi orang lain tak, takpe la, tak de masalah pun. Itu hak masing-masing dan aku takkan pertikaikan.


Kenapa kucing boleh menjadi terapi? Kucing bukan boleh cakap pun, mengiau-ngiau je tahu, rosakkan barang-barang, membuang (berak+kencing) merata-rata.


Bagi orang yang pernah bela dan sayang kucing, mesti rasa perasaan ni. Bila penat balik dari keje or sekolah or kolej, boleh main-main dengan kucing, buli-buli manja kucing tu. Hilang penat bermain-main dengan meow2 ni. Enjoy je rasa.


Bila sedih pulak tengok la muka kucing kita, pastu cakaplah apa-apa pun yang nak cakap. Luahkan perasaan yang terpendam. Memang dia tak faham pun, tapi kadang-kadang rasa macam dia faham. Kadang-kadang dia senyap je dan dia tengok kita balik. Ke memang dia faham tuan dia sedang bersedih? Hurm....


Sekolah dulu pun time sedih mesti cari kucing, peluk dia sampai nanges-nanges sambil membebel kat dia. Huhuuu lenjun bulu dia dengan air mata. 


Bila dah dok hostel masa diploma pun sanggup mandikan kucing kat hostel tu untuk dibawa tido sekali... Siap berebut dengan roomate yang memang suka kucing gak. Kucing tu tengah peknan, besar gile perut dia. Hehee sib baek tak terberanak kat katil. Tensen-tensen study, buli kucing (buli manja yg tak keterlaluan la)...:)


Well kucing tu teman yang bagus walaupun dia sangat nakal, berak kencing merata-rata, suka menyelongkar dan macam-macam lagi. Nama pun kucing, haruslah macam tu. Tapi aksi dia mampu membuatkan kita lupa segala masalah.  Sebab tu aku panggil terapi kucing.


**************

Aku tak ada masalah kalau orang tu memang jenis tak suka bela binatang. Itu hak dia la. Tapi aku ada masalah kalau orang pukul atau seksa binatang. Sebab kalau orang yang tak suka ataupun geli dengan binatang ni, bila kucing lalu, dia dengan segala hormatnya akan bagi laluan dan mengelak dari kucing tersebut. Hahaha.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative