Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kadang-kadang perangai manusia ni pelik. Mungkin juga perangai kita sendiri nampak pelik di mata orang.

Sifat dan sikap manusia berbeza-beza. Ada yang jenis agresif, ada yang pasif, ada yang shy2 cat, ada yang tak tahu malu dan macam2 peel lagilah.

Kadang-kadang apa yang kita buat tu, orang lain akan nilai itulah peribadi kita walaupun mungkin itu bukan diri kita.

Perangai pelik seorang manusia, dia akan like status facebook dia menggunakan facebook kekasih hati. Segalanya kat wall dia termasuklah status, gambar, post yang dia post akan dikomen. Konon2 kekasih hati yang komen le tu.

Apa motif tak tahulah, rasa seronok kot sendiri post sendiri balas dengan ayat yang sendiri nak dengar. Nak tunggu buah hati komen lambat or tak la gamaknya. Takpun nak meriahkan wall sendiri.

Dah macam sakit jiwa pun ada macam tu... takkan syok sendiri sampai buat macam tu. Jangan ingat tak wujud orang macam tu. Dalam dunia ni takde apa yang mustahil cuma akan nampak pelik je.

Bukan mengata sapa-sapa pun. Tapi cuma nak berkongsi kewujudan perkara macam tu je dan ianya secara general sahaja. Jangan ada yang terasa sudah la ye.... Hehee selamat berpuasa. Jangan sakit jiwa syok sendiri ye.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative