Friday, July 27

Pinggan Mangkuk Melamine Bahaya

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sekarang pun mesti orang dah mula mencari keperluan untuk raya nanti. Untuk yang dah berkeluarga tu mesti nak cari bekas untuk letak hidangan ketika Aidilfitri nanti. Maklumlah mesti ada tetamu yang bertandang ke rumah untuk beraya. Tak pun ada yang berhasrat nak buat open house.

Kalau tengok pinggan mangkuk, bekas makanan melamine memang lawa jugak. Sekarang ni kat pasaran pelbagai bentuk dan pelbagai corak. Rambang mata bila tengok corak yang lawa tu. Dok fikir ni kalau letak rendang sesuai ni, yang ni boleh letak ketupat dan macam2 la dok bayangkan.

Tapi tiba2 teringat ada orang cakap tak elok beli produk berunsur melamine ni untuk letak makanan. Kata dia ada kesan sampingan yang tak elok untuk kesihatan. Sebab unsur bahan melamine tak stabil dan boleh memudaratkan kesihatan. Tak tahu le pulak betul ke tak sebab tak pernah amek tahu pun kandungan melamine. Tahu beli aje..

Nak senang, sebarang benda yang meragukan tu, eloklah tak beli. Banyak lagi pilihan lainkan. Boleh beli bekas makanan kaca ke, tapi kalau jatuh berkecai aku tak tahu. Huhuu.... Mungkin harga lebih mahal sikit tapi asalkan hati puas dan tak ragu2 dah le. Betul tak?

Banyak woo produk2 melamine ni kat pasar raya glemer. Tadi pun dok belek2 katalog Mydin jumpa set Melamine, tu yang terus wat entry ni. Hehee

Eh jap rasanya produk susu yang tercemar kat China tu dicampur Melamine kan....yang hot dan menjadi isu tu la..

************

Korang dah shopping barang raya ke?

8 comments:

Juliet_iRa~" said...

dl pn ada dgr gak kan..fames woo dulu set pinggan melamine ni..mak ira ada beli tp skg dah tak guna sbb dia lama2 jd kaca tu..berzaman2 da..hehe..

tp better tak yah guna la..hihi :)

Ujie said...

Umumnya melamine tak elok sbb bila kena mknn panas ia bebaskan bhn kimia. Tp melamine juga ada beberapa jenis. Yg murah mmg jgn beli. Yg mahal (microwaveable) boleh consider lagi.

Yg terbaik guna kaca utk pinggan mangkuk.

Mishter Izwän said...

beli tapawe je senang. non-toxic :)
belum shoping lg la. awal lg. esuk nk rye baru shoping. meriah sikit. hehe

Remy hazza said...

mungkin tak elok kalau dipanaskan kan kut......lagipun kalau lama2 dia akan pudar dan tukar kaler kan.....

C'Jai said...

C'jai tak shopping satu apa pun lagi..

Pernah juga baca berkaitan bahayanya brgan melamine ni...

SoLy SoLicious said...

ha'ahh... ade isu depa tmbh melamine dlm susu....

Koding said...

JIka sangsi dgn melamin, barangkali boleh kita gunakannya hanya untuk mengisi makanan yang kurang panas..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia..bahayanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...