Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Soal jodoh lambat selalunya lebih dikaitkan dengan perempuan sebab kalau kawen lambat perempuan yang lebih akan dinilai oleh orang. Tapi bila dengar lelaki yang mengeluh soal jodoh macam2 rasa timbul.

Ada la seseorang ni yang asyik mengeluh soal jodoh dia. Kadang2 dia macam redha dan pasrah, kadang2 dia salahkan diri, dan kadang2 dia marah kat kaum perempuan. Semua mengenai rasa bosan, putus asa, marah, kecewa terzahir melalui status facebook.

Dia salahkan diri tak hensem, tak pandai bergaya, tak pandai pikat perempuan, keje biasa2 je dan ntah apa2 lagilah.

Tak hensem? Orang lain yang jauh lebih tak hensem pun kawen je, dapat bini lawa pulak tu. Buka mata luas2, tengok orang sekeliling. Hey lebih ramai lagi yang tak hensem. Lagipun hensem tukan subjektif, pandangan mata setiap orang tak sama. Biarlah hati kau, iman kau hensem.

Tak pandai bergaya? Apalah yang ada pada gaya, cukuplah tak selekeh dan sedap mata nak pandang. Lelaki yang bergaya lebih pun susah, nanti duit banyak habis untuk bergaya je.

Tak pandai pikat perempuan? Aku rasa cara kau mendekati pompuan yang tak betul, bukan terus pikat tapi berkawanlah dulu. Aku memberi diri peluang berkawan dengan kau sekejap. From my mata hati, kau lelaki pendesak, kau lelaki yang tiada sifat kepimpinan, kau lelaki yang mudah memberi, kau lelaki yang harus dijauhi. Aku perlukan seorang lelaki yang boleh memimpin aku, membetulkan hatiku yang bengkok, bukan mengikut segala kataku.

Keje biasa2 je? Sekarang cikgu pun kawen dengan penoreh getah, executive kawen dengan orang kerja kampung, semua tu soal jodoh. Asalkan kau seorang lelaki yang bertanggungjawab rasanya tak timbul soal tu. Kau ingat aku ni mata duitan ke?

Suatu ketika dulu status kau memang sentap hati. Status berbunyi, ''perempuan semua sial!!!''. Mungkin kau cuba melepaskan rasa dalam hati dan diri tapi sedar ke tak  bahawa mak kau pun seorang perempuan. Perempuan yang telah melahirkan engkau ke dunia ni. Kau tulis status macam tu ingat perempuan suka ke.

Status kau yang bercakap mengenai bosan tiada teman wanita. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh kau lakukan daripada berfikir mengenai perempuan.

Status kau yang menyalahkan perempuan yang terlalu memilih, sombong. Kau ingat apa? Soal kahwin bagi seorang perempuan  macam aku dan seangkatan dengan aku ialah soal yang sangat penting. Bukannya setakat bermain kata, satu komitmen yang padu diperlukan, menyerahkan diri dan kehidupan untuk seorang lelaki bernama suami.

Kau mungkin bukan seteruk apa yang aku bayangkan. Manusia boleh berubah untuk kebaikan diri. Harapan aku semoga kau jumpa tulang rusuk kau yang hilang tu. Kalau aku tulang rusuk kau yang hilang, aku yakin Dia akan satukan kita dalam keadaan yang lebih baik.

Sekian nukilan rasa menjawab keluhan seorang lelaki. Be gentle...don't be terdesak oke.

p/s: sila jangan anggap aku tu merujuk kepada tuan punya blog..

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative