Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kalau terdesak nak guna internet dan tempat tu line maxis je oke siap ada 3G bolehlah subscribe maxis internet plan.

Nak subsribe senang aje...dial *100#. Pilihlah plan internet yang berkenan kat hati. Aku pernah subscribe daily punya, yang RM2 sehari tu. Dia tulis kat situ  Internet SERENDAH RM2.

Jangan jadi macam aku dulu---->Sejarah Sentiasa Berulang?

Nak try tengok sama ada kat kawasan tu laju ke tak internet eloklah subscribe je daily. Sebab tanpa subscribe terkorban kredit nanti. Pengsan beb...per kb dia kira.

Yang tak syoknya subscribe daily Maxis Internet Prepaid ni bila dah sampai quota 100MB walaupun belum cukup 24 jam, habislah. Kalau guna jugak habislah kredit korang dia cas.

Tak pasti kalau dah cukup 100MB dia automatik disconnect ke tak. Sepatutnya automatik disconnect lakan. Sebab bila dah sampai mesej menyatakan tinggal lagi 19MB tu aku dah tak semangat nak terus online.

Baru dua kali subscribe maxis internet prepaid sebab kat kampung celcom tak dapat 3G, maxis dapat 3G. Tu pun bila terdesak je subscribe, bukan selalu pun balik kampung.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative