Monday, July 2

Lembah Lenggong tapak UNESCO terbaru

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu kalau sebut Lenggong, orang akan tanya balik, Lenggong ke lenggeng? Lenggong tu kat Perak, Lenggeng tu kat Negeri Sembilan. Jauh benor tu lain negeri.

Tapi sejak berita penemuan rangka manusia tertua di Malaysia iaitu 'Perak Man' pada tahun 2001 dan 'Perak Woman' pada 2004, nama Lenggong ramai yang dah mula tahu walaupun ada yang masih blur2 Lenggong tu kat mana. Sekarang aku panggil Lenggong pekan koboi sebab highway lalu kot atas tak masuk pekan dah. Lenggong terletak di antara Kuala Kangsar dengan Grik.

Baru2 ni Lembah Lenggong diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Apa yang ada kat Lenggong sampai nak iktiraf macam tu. Yang paling glamer Perak Man dan Perak Woman tulah. Daripada bukti tersebut, dipercayai penempatan terawal manusia di semenanjung Malaysia bermula di Lembah Lenggong.
IPOH: Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) telah mengiktiraf Lembah Lenggong di Perak sebagai Tapak Warisan Dunia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim pada Ahad berkata, Unesco memberitahu kerajaan pada Jumaat.
Lembah Lenggong di Perak merupakan tempat di mana penemual awal rangka di Semenanjung iaitu ‘Perak Man’ yang berusia 11,000 tahun, dijumpai pada tahun 1991.
Ia merupakan tapak arkeologi yang penting di mana bukti-bukti penempatan manusia dari zaman Paleolitik dijumpai.
Sumber: mstar.com.my

Sempena tahun melawat Perak ni, bolehlah melawat Lenggong. Ada muzium arkeologi, ada tempat mandi manda- Lata Kekabu, boleh pergi Tasik Raban, boleh masuk gua dan pergi ke nur lembah kalau sape suka aktiviti tu. Tempat tinggal yang aku tahu boleh menginap kat Rumah Rehat Lenggong dan kalau yang nak dok tepi tasik ada penginapan kat Tasik Raban. Ala kalau dari Kuala Kangsar ngan Grik pun tak sampai sejam kalau drive santai2. Kalau pecut 20 minit boleh sampai Lenggong-Kuala Kangsar. Jaga-jaga had laju 90km/j je...

Usha la website MDLG-----> Majlis Daerah Lenggong. Kat situ lebih banyak info daripada aku dok merepek tah apa2.

Suka ikan pekasam Lenggong. Marvelous.... Moh jalan2 ke Lenggong.

19 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ada tgk brite pg td..

Nens Collection said...

x pernah lagik pergi perak..huhu..
bestnye kalo leh cuti2 mesia ni..
kenal tmpt sedirik..best ape..;)

Tihara said...

lenggong ni mmg femes dgn artifak ni kan...rasa bangga gak sebab origin from perak..walopon duk pahang :)

Prettywrite said...

k.syah..apa tu perak man n perak woman?huhuh tak ku tahu ni kak..ayoo..

HeNRieTTa JoSe said...

wah....best lew....dah lamer xpergi sna...klu ke sana...mmg suka pergi smpai sungai yang dekat ngan kg org asli tu...lupa dah nama dia...

widiea azira said...

tak pernah pegi perak, kalo pg nt nk lepak kt leggong ni ah. .

awk, jom vote band sy. .jom laaaa

widiea azira said...

thankssssss

Mr.Clive said...

seriously? hmm hmm...menarik menarik...hehehe

Anonymous said...

tak pernah lagi pegi lenggong, Perak ni..

Remy hazza said...

lenggong ngan lenggeng...he3.... remy pernah sampai sauk jer..... lenggong atas lagi kan ????

Marya Yusof said...

As salam Aishah,

Menarik2! Insya'ALLAH klau ojg umur nnt bolehlah jengok ke Lenggong ni... Selalu th pun Lenggeng je... sb akak org nogori! hik ;)

Thanks :)

J.Syazwana said...

tak pernah singgah perak. hari tuh balik dari utara memang tak sempat singgah. lalu je. hehehe. next time kene singgah ni.

Kazman / Sue said...

11 ribu tahun lama tu kan... sebelum zaman firaunnn...

E'in said...

first time dgr name nie.. hehe

Kunang-Kunang said...

Pernah lalu Lenggong ni tapi tak pernah singgah.

Mudah2an menjadi tempat yang digemari ramai satu hari nanti.

Teenager Housemaid said...

erkk..
seriously pertama kali dengar lenggong dengan lenggeng..huhu..

nazirah said...

wah mcm menarik jew..
kene melawat gakni huhu

cikji said...

ms stdy dulu penah g camp kt sini
tempat dia memang santek
duk terbayang2 waterfall dia pas jungle tracking

Askrie Hishamuddin said...

I'm proud ada jugak orang luar tulis paal lenggong kat blog. Fyi, i orang Lenggong. Kelmarin bila dengar berita pasal UNESCO iktiraf Lenggong teruja gila rasa. Ye la, selalunya x ramai org yang tahu psl Lenggong ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...