Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Daripada segi ekonomi individu akan mempunyai masalah kekurangan wang ataupun pendapatan yang menyebabkan individu perlu membuat pilihan yang terbaik yang boleh memaksimakan tahap kepuasan dan melepaskan pilihan kedua terbaik yang dipanggil kos lepas.

Kekurangan sentiasa wujud dalam kehidupan kita ni. Kekurangan skill, kekurangan ilmu, kekurangan harta, kekurangan kuasa, kekurangan self estem dan macam2 kekurangan lagilah. Kekurangan2 ini bukanlah bersifat kekal, ianya bersifat pemboleh ubah.

Kekurangan menyebabkan diri perlu membuat pilihan yang terbaik di antara yang terbaik. Pilihan yang boleh memaksimakan kepuasan diri, yang membawa keuntungan kepada diri, yang membawa kebaikan kepada diri dan segala yang bersifat positif. Segala pilihan yang berunsurkan negatif memang akan tertolak ke tepi.

Kena buat pilihan kerja yang terbaik, kena buat pilihan jodoh yang terbaik, kena buat keputusan membeli aset yang terbaik dan macam2 lagi pilihan lain dalam kehidupan kita.

Bila memilih yang terbaik di antara yang terbaik, sesuatu perlu dilepaskan kerana kekurangan tersebut. Tak boleh bersikap tamak.

Memang kena dengan konsep ekonomi, kehidupan seharian kita pun ada kekurangan, pilihan dan kos lepas. Semua tu terpulang kepada diri kita untuk memilih apa yang terbaik.

Topup kekurangan yang ada, buat pilihan yang memaksimakan keuntungan dunia dan akhirat (seimbangkan), lepaskan segala yang merugikan diri. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK untuk semua blogger dan pembaca yang beragama ISLAM. Salah dan silap, terasa hati, terkecil hati, tersalah komen harap dimaafkan. Semua kekhilafan berpunca daripada kelemahan diri. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua, Insyaallah...

************

Tiba-tiba recall balik subjek ekonomi masa sekolah...hee

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative