Sunday, July 22

Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia

Assalamualaikum dan 1Malaysia...

Petang semalam berkesempatan menjenguk kedai kain rakyat 1 Malaysia kat Hulu Langat. Tak pernah2 lagi sampai area belah sana, kira first time la semalam. Tu pun follow abang ipar, hee takde la kesesatan bila follow.

Boleh tahan juga jalan kat sana, agak sibuk. Masa sampai kedai tu dah dekat pukul 5 petang, sebab sebelum tu singgah rumah kawan kakak. Tak banyak picture sebab segan nak snap beria orang ramai.

Kat bahagian bawah kedai, ada jual kain pasang, tudung, baju kurung, sejadah, kemeja lelaki, etc
Kaunter bayaran tingkat bawah. Masa ni lengang lagi kaunter bayaran.
Kemeja lelaki ..
Tangga naik ke tingkat atas...
Bahagian atas, ada jual kain untuk buat langsir. Banyak juga pilihan yang ada . Pilihlah mana yang berkenan. Kualiti aku tak tahu sebab aku tak pernah beli kain langsir pun...
Apa nama dia? Untuk ikat langsir tu la...;p
Ni pun kain langsir...banyak pilihan..pilih mak cik jangan tak pilih...
Bahagian atas pun ada baju kurung siap dan kain pasang, ada baju melayu. Baju kurung harga dia serendah RM25 sepasang. Belakang sekali tu kain Lycra ye. Sape yang nak buat tudung sendiri tu boleh la beli.
Kain pasang dan baju melayu.
Ada fitting room dan surau. Tak sure customer boleh tumpang solat or  untuk staff je surau tu.
Time ni pukul 5.40, dia da tarik grill nak tutup dah la. Tak sure pukul bape tutup.
Staff kedai ni ramai sangatlah. Mungkin sebab customer memang ramai kot tiap2 hari so tak menang tangan la kalau staff sikit. Tapi kaunter bayaran tak banyak le pulak, kena beratur panjang gak masa nak membayar (peak hour).

Saiz baju kurung siap, agak besar juga saiz dia daripada biasa dok beli. Kalau selalu amek saiz M aku rasa saiz S pun muat. Saiz paling kecik SS. Kualiti...pada pendapat aku sepadan la dengan harga. Nak kualiti yang okey belilah yang mahal sikit.

Apa yang kurang puas ati, staff sendiri yang banyak beli barang. So kaunter bayaran macam dikonker oleh diaorang. Dah la masa tu peak hour customer nak buat pembayaran sebab kedai dah nak tutup. So muka pun kelat je la dok beratur, puasa2 jangan mengeluh. Huhuu

Lokasi Kedai kain rakyat 1Malaysia ni kat Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

****************
Tak sempat nak BW, ni pun kat luar. Insyaallah nanti BW. Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu.

31 comments:

Remy hazza said...

kedai kain satu malaysia...?
best nie...tapi hulu langat kat mana?
tak pernah sampai......

Pen Biru said...

salam ramadhn..kita kt kedah ni tak merasa la kedai cm ni.

Tihara said...

oo staff dia pun berebut nak beli kain..hehe..kt tpt saya baru nak bukak kedai rakyat 1 malaysia...

Lia Irdelia said...

bestnyer,,,,,!!!
rambang mata..
tapi jauh sangatlah. heheh.

Adylia Qarissa said...

kedai ni untuk bantu rakyat malaysia :)

teratai said...

ohh macam2 ada kat kedai 1 mesia rupanya!

Mishter Izwän said...

aik. awl nye tutup .

Mr.Clive said...

hahah kedai kain satu malaysia la pulak...ekekeke...
pasni apa pulak? lol

Prettywrite said...

laa..awalnya tutup kedai..kedai kain biasanya pukul 10 la kan baru tutup..ish sepatut baru bukak kena la buat promosi sikit kan..banyak jugak kain2 dia ek..tengok ni teringat kamdar..hehe

O CIKTEDDY said...

perghh makin maju 1 malaysia skrg.hehe

MulutPayau said...

Assalamualaikum dear...

Selamat mnjalani ibadah puasa..
Banyak jugak pilihan kat kedai 1 Malaysia tu...rambang mata dibuatnya...

Kancil 8349 said...

wah...banyaknya kain...

Ujie said...

ohh..ada jugak ya! baru tau ni..
abis sume buat kedai 1malaysia, camne org lain nak bisnes.

kan best kalau ada petrol 1malaysia..

nuyui a.k.a miss YUI said...

beselah tu kan.. nak kualiti elok, kena tgk dgn harganya. kan besh lau ada kat ipoh.leh serbu tgk cmne.

HeNRieTTa JoSe said...

cam best jew...tapi jauh lew sesangat...hehehe....

Nens Collection said...

murah betul ke?..bestnyerrr..
kalo boleh g beli ni..mmg heaven memilih ni..;)

Anonymous said...

KA pergi juga semalam, oklah !

ieda said...

akk pernah dgr
boleh tahan kain2 dia
cantik cuma x tahu harga dia sama tak dgn kedai2 lain ;)

Kakzakie said...

Kakak tak nampak lagilah diJB atau dah ada tapi kakak tak tahu entahlah... nak juga lihat kalau ada Sya...

syiela said...

salam..
saya kat kedah rasanya pernah tengok kedai 1 malaysia je kat alor setar.ni baru tau ada kedai kain 1 malaysia pulak

dwaty said...

murah erk.... tapi jauhla...

E'in said...

kat jb xde kot kedai nie.. biase laa.. lau murah, kualiti mesti kurang.. selamat berpuasa kak.. :)

|| NaFiRaa || said...

Apsal lah tak buka kat shah alam jugak.. 1 kedai malaysia pon xde kt shah alam nih.. Jelesnyer..

Koding said...

Jadilah pengguna yg bijak...
Beli yg perlu sahaja..

qaseh johanna said...

aish...rasa nak pergi tp rasa macam jauh..xde umah sape2 yg boleh disinggahi.. hihi

murah la kain kt sana tp klo dr b. beruntung nk ke sana..sama je kot kos beli kat nagoya rawang.. hihi

yana halim said...

hoho....kalau ada kat Shah Alam ni, pasti dah serbu.

Kancil 8349 said...

salam ramadhan ke 4

Juliet_iRa~" said...

br 1st time dengar ni..hehee

xpnh pergi la y pastinya..

tp nampak mcm meriah dan banyak pilihan gak kan..:)

mgkin blh g kalau jmpa nnti..murah x?

nn lylyn said...

dekat mane ek? bestla klau baju kurung rm25..nk borong banyak2..

Yaya Azura aka Naz Azra said...

menjadi betul kan trademark 1 Malaysia
samapi anak akak tengok no.1 berjalur bendera terus sebuat '1 Malaysia' ...
kat trg xde lagi kedai kain 1 Malaysia nie

mizzpinkkiss said...

Tension x dpt p...huh..majuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...