Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bio Aura aku baru je jahanam Filter A dia, macam susah je nak cari supplier alat ganti. Ada tiga filter yang kena tukar setiap tahun, dua filter tukar setiap tiga tahun dan satu lagi filter tukar setiap lima tahun. Buat pengetahuan semua aku memang slamber je tak tukar sejak mula2 guna tahun 2010 lagi.

Memang padan la kot pecah Filter dia, dah sampai masa ditukar baru tapi tak tukar2. Aku ingat nak bertukar ke Filter air jenama lain lak la. Hai O punya renyah la. Ada tak filter air yang tak renyah macam Hai O punya? Kalau cuci seminggu sekali aku masih sanggup tapi nak tukar tiga filter setahun sekali macam renyah je. Dah la nak cari alat ganti susah, belum tentu ori dan belum expired lagi lak tu. Silap2 tertipu.

So korang ada apa-apa cadangan tak...yang murah dan memudahkan serta menjimatkan.... Mana ada benda murah dah sekarang tapi yang mampu milik la maksud aku. Cosway punya ok ke? Kedai Cosway merata tempat ada...

Sakit hati je tengok filter bio aura yang pecah...



*******************

Semalam masa balik KL semula dari Perak, hujan lebat mengikut sepanjang perjalanan. Terbau benda hangit, dah risau kot2 enjin kereta sendiri yang keluarkan bau macam tu. Rupa2nya ada accident, Toyota Avanza, terbabas kot. Terbakar rasanya tapi sebab hujan takde la nampak api cuma berasap2 depan dia. Alhamdulillah selamat sampai lewat petang semalam .

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative