Derma Darah Menggemukkan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Derma darah boleh gemukkan badan? Fakta mana la tu agaknya. Aku takde pengalaman sebab tak layak menderma. Ni pengalaman orang sekeliling aku yang rajin menderma darah.

Mengikut kata diaorang fakta yang menyatakan derma darah menggemukkan tak boleh pakai, auta je tu. Sebabnya tak semua orang akan alami kenaikan berat selepas menderma darah.

Sebenarnya semua tu bergantung pada tubuh badan seseorang. Mengikut kata seorang kawan, selepas menderma darah memang akan rasa lapar je. Mungkin sebab tu berat badan naik kalau tak kawal makan la. Tapi...tak semua orang akan alami simptom macam tu.

Seorang lagi kawan cakap sejak derma darah berat badan dia memang maintain dan ideal tak macam sebelumnya yang obes. Tu yang buat dia menjadi penderma darah tegar.

Seorang lagi pulak cakap derma darah boleh cuci darah kotor dalam badan dia. Dia cakap lepas derma darah badan rasa segar dan ringan je. Kalau tak derma darah rasa macam banyak toksin je dalam badan. Macam manalah perasaan tu agaknya.

So, kesimpulan yang boleh dibuat ialah derma darah tak semestinya menyebabkan gemuk. Setiap individu berbeza-beza. Jangan takut ye nak derma darah pasni, tak semestinya akan gemuk lepas derma darah tu.

Comments

dlu pnh dgr tp dah lepas yui derma, ok aje..bohong itu semua.
ieda said…
uishhh ye ke dik
hurmm ada dgr juga
tapi depends pada badan seseorang lah kan .. huhuhu
Kesuma Angsana said…
depends kepada individu tu! tp KA dengar byk orng citer cam tu lah
Tihara said…
ada org kata jd lagi sihat lepas derma darah
Remy hazza said…
kwn2 remy ramai yg menderma..... sofar semua maintain jer..... takde yg tembun..... remy jer yg tak derma nie..... tu yg tembun....
nn lylyn said…
xpernah derma..takut ^^
Ujie said…
betul lah, ikut badan masing2. yg pasti ia perbuatan baik sbb menderma.
Mymiesein said…
Betul tu... MQ pernah derma darah sbb konon kawan ckp boleh gemok... Takde maknye... Dh beranak pun kering jugak... Tensiii.... Huhu....
Mymiesein said…
Betul tu... MQ pernah derma darah sbb konon kawan ckp boleh gemok... Takde maknye... Dh beranak pun kering jugak... Tensiii.... Huhu....
Munnafendy said…
errr...sy tak pernah lg derma darah..sebab darah sndiri pun tak ckup..dlu la..lama dh tak cek tekanan darah
ummiarissa said…
lama dah tak derma darah...memang aktiviti terbaik ni derma darah...menderma sambil dapat pahala...tak kisah apa pun alasannya...
Prettywrite said…
yana tak layak nak derma darah sebab bmi tak cukup..kikiki
|| NaFiRaa || said…
tak pernah derma darah.. so tak de pengalaman nak di kongsikan..
hehehehe
Onitsuka_hana said…
feztime han beria2 nak derma darah pas2 check hemoglobin xckup. jadi derma.kwn hna yang derma masa tu dlm 2 3 mingunampak berisi. Dalam hati 'nasib baik xderma darah'.haha

sebenarnya derma darah xgemuk.Lepas derma darah nurse tu ada bg ubat utk tmbah darah. Lepas mkn ubat tu org yang derma akan mkn bnyak. Sekarng nie kwn2 hna yang nak derma darah xmkn ubat tu.takut gemuk. Dan hana yang dulu beria-ia nak derma darah dah rasa tak berani nak derma.
nursyuhadah said…
syu baru lepas derma pagi td.. first time dlm hidop.. lepas je derma, terus dapat air milo panas.. lepas je minum terus termuntah kat situ gak.. hehehe.. pitam +mual.. then tgahari da stat lapa sgt2.. mkn lunch pon rase x kenyang je.. skang even da mkn dinner pon rasa lapa lg.. adoi.. hope bdn x naek la kan.. (^_^) hahaha
shera haifa said…
dulu pun pernah dgr org ckp cm tu.. tp xfikir pun smua tu, kalau nk gemuk, gemuklah asalkan ikhlas..:)
Mr.Clive said…
hmm...interesting...maybe sbb badan rasa lemah pastu kan...pastu lapar...so...mcm la jugak kalau berhenti merokok...:P

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing