Friday, July 6

Derma Darah dan Ubat Gemuk

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Derma darah? Korang pernah tak derma darah? Aku tak pernah. Dulu teringin sangat nak derma darah walaupun ada perasaan takut. Keinginan tu kuat masa dulu sebab rasa boleh tolong orang lain.

Tapi lepas SPM, kesihatan tak mengizinkan sebab masa tu bergantung kat ubat hospital, so terus jadi tak layak. TAK LAYAK!! Sedih je...

Sekarang bebas ubat hospital tapi berat pula tak cukup. Pun sedih-tak dapat nak join derma darah macam orang lain buat.

Cakap-cakap orang, ubat boleh sebabkan kita gemuk. Masa tu agak berisi jugak la. Mungkinkah sebab ubat ataupun zaman tu memang zaman bahagia. Zaman diploma memang zaman makan2. Siang malam makan-haruslah berisi. Duit memang banyak habis kat makanan je.

Kebetulan stop ambil ubat, kehidupan selepas tu pun agak suffer jugak la. Time tu berat dah drop ke paras yang tak layak nak menderma darah until now. Lebih ringan daripada zaman sekolah tu.

Sampai sekarang tak suka dengan ubat doktor/farmasi luar, tak suka jumpa doktor. Kalau demam sanggup bertahan tak telan panadol sebab rasa sistem badan dah banyak terima dadah suatu masa dahulu.

Tu la kisah tak layak derma darah dan kisah ubat gemuk. Haha bukan ubat untuk gemukkan badan tapi ubat yang sebabkan badan berisi sikit. Jadi kembang.

*********************

Tengah gigih up to date kan entry lama dalam draft. Banyak yg jadi outdated bila terlupa nak publish. Teruk betol tuan blog ni... Salam Jumaat untuk semua...;)

17 comments:

Kakzakie said...

Kalau kakak dapat kurus kakak suka. Sejak bersalin anak pertama kakak terus gemuk - gemuk dan gemuk sampai sekarang...

J.Syazwana said...

kite ni memang layak tapi penakut. wuwuuuu

teringin sangat tapi tulah takut bukan main :(

Ujie said...

saya pun tak penah jugak. dari dulu teringin..tapi tak layak.

skrg dah layak kot sbb berat dah naik & berisi..tapi tak buat gak. sbb yg selalu promo tu kat open space mcm mall. tak sesuai.

Munnafendy said...

salam jumaat...sy dulu pernah kurus melampau pastu sibukla nak gemuk...skrg bila dh berisi susah hati pulak :p

ieda said...

entahlah dik
akk x pernah lak dgr makan ubat badan leh gemuk
ermm tgk jenis badan dan antibodi kita kuut , sbb setiap org x sama tindak balas dia dgn ubat2 kan ..hurmmm ;)

O CIKTEDDY said...

ubat pon boleh jd racun ..kan.hehe

Remy hazza said...

salam jumaat dari remy jugak.....
kalau lapar blog remy..... leh tambah kegemukan secara sihat.....
panas2 lagi tu....

cikji said...

dah lama tingin derma darah tp berat tak penah cukup

|| NaFiRaa || said...

selalu derma darah kat nyamuk jek.. kekeke.. derma darah betol2 tak pernah sebab takut.. hahaha..:))

C'Jai said...

Tak pernah cuba derma darah..kalu ikut berat ..memang dah terlebih-lebih berat da nih...

dwaty said...

MINGGU LALU ADA derma darah kat opis... nak derma tapi takut... huhuhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

besh derma drh..tp itula, tak semua layak derma kan.

Kazman / Sue said...

tak semua ubat boleh menyebabkan gemuk...

lagi satu fakta juga... menderma darah pun tidak menyebabkan gemuk...

fakta ni sebab saya nak gemuk tak gemuk2x sampai sekarang...heee3x

Tihara said...

tak penah lagi derma darah..selalunya takut n nyoroks jauh2..hehe :)

Zie said...

pernh derma sekali ja.. Tp mcm tkut nk pump tgn bg drh keluar...

Mr.Clive said...

haha xpo tertangguh,janji dilaksanakan akhirnyaa...hehehe

biela bell said...

bell teringin nak derma darah tapi tapi tapi.. kalau bell derma darah.. org kena derma darah kat bell smula..kih3x..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...