Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tadi dapat tag untuk join segmen, so nyinggah la tengok entry tersebut sambil follow sekali. Terkejut bila tiba2 muncul profiles lama blogger kat follower blog tu. Zaman aku tak aktif berblog tu. Zaman tok kaduk punya profile sekitar tahun 2009/2010. Masa tu memang silent reader je, pegi blog orang tak follow, tak say hi.

Aku dah ubah kot, nama dah bertukar banyak kali dan gambar pun dah bertukar banyak kali. Dulu aku guna nama cik aisha pastu bertukar ke aishah jahirah (cik aisha) pastu terus fix dengan nama sekarang Aishah Jahirah, my own name haruslah dikekalkan. Arisyah jahirah tu masa memula dulu je sebab nak samakan dengan URL blog, konon2 la. Tu nama terawal yang digunakan. Sebenarnya aku nak letak url blog aishahjahirah.blogspot.com tapi tak diapprove, bila taip arisyahjahirah.blogspot.com lepas le pulak. Proceed aje la...layan.

Dah cerita pasal asal usul nama URL aku lak dah.hehee... Korang tengok la print screen yang sempat aku amek tadi.. Camne profile lama aku boleh sesat ni...


Sistem sedang demam gamaknya... Cuak juga tapi buat2 cool, aku try unfollow blog tu dan follow semula, Alhamdulillah muncul profile baru. Bikin terkejut je blogger ni...takpe la dia nak bagi aku print screen wat kenangan la tu kan...;p

Ni baru profile yang terbaru. Tapi.....sepatutnya sites I've joined dengan link Testing tu tak wujud sebab kat profiles aku dah un tick... Musykil ni...kenapa blogger reveal benda yang kita tak tick. Ke ada kaitan dengan google+ ke apa ke.

Ataupun technical issues antara new dengan old blogger interface. Sebab sampai sekarang aku tak guna new blogger interface masa edit entry, kalau guna new habis lari format, dah la tu nak login blogger pun kemain lama sekarang ni.

Kalau komen kat blog orang pulak selalu muncul conflict editing... Tak pun komen terpublish dua kali...selalu gak jadi. Dan perasan komen kat blog aku pun ada yang jadi macam tu.

Aku ke blogger yang bermasalah ni...Apa2 jelah....

*************

Sape nak pendrive free...cepat2 join segmen ni-----> Segmen Aku Terjah Aku Follow Apakah Itu. Tuan blog ni pemalas yang amat sekarang nak menjoinkan diri. Perangai....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative