Wednesday, July 18

Beza Mentega dan Marjerin

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari tu masa nak buat kek terfikir apa beza mentega dan marjerin. Ikut kepala otak aku macam lebih kurang je dua benda ni.

Cumanya orang cakap kalau nak buat kek or biskut raya elok guna mentega sebab lebih gebu adunan tu. Hahaa tataw le gebu tahap mana tu, tak pernah pula bereksperimen. Dah la aku ni anak dara yang fail membuat kek dan kuih. Hehee... Takde bakat semulajadi, kena keep trying baru ada skill

So apa sebenarnya perbezaan antara mentega dan marjerin ni...
  • Daripada segi packaging mentega selalu bentuk segi empat yang seketul tu, marjerin selalu dalam bekas/kampit plastik dan tak sepekat mentega.
  • Bahan pulak mentega diperbuat daripada susu lembu manakala marjerin daripada minyak kelapa sawit.
  • Kalau perbandingan harga, mentega ni lebih mahal berbanding marjerin.
  • Daripada segi rasa memang takde banyak perbezaan rasa kalau dah masak tu kecuali orang tu betul2 arif dalam merasa masakan. Tapi menurut mereka yang arif makanan yang diletak mentega lebih sedap banding marjerin.
Kalau sapu kat roti, selalu kita akan guna marjerin. Sebabnya marjerin senang untuk diratakan kat roti berbanding mentega yang melekit dan agak susah untuk disapu rata pada roti.

Puasa nanti mesti pakat2 buat kuih raya dah, mesti nak guna mentega atau marjerinkan. Kot ada yang nak share lagi perbezaan mentega dengan marjerin, dipersilakan.

27 comments:

Kakzakie said...

Mentega kuih gebu dan tak masin. Margerin ada masin sikit Sya..

Ujie said...

saya pun mula2 tak tau..lps tu suami bgtau.

yg pasti..kalau nak kos rendah buat kek/kuih yg byk2 tu, org mmg guna marjerin sbb lebih murah dan boleh beli ikut kg (pukal).

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi yek...selamat berpuasa juga!

O CIKTEDDY said...

ouh cenggitu..cik baru tahu :D

Remy hazza said...

butter atau margerine.....
fungsi hampir sama...cuma base aja berlainan..... satu dari susu , satu dari minyak.....

Nens Collection said...

sy pon xth beza die..ni baru tahu..;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mntega lbh gebu gunanya..hihi.

Roz said...

sedap kalau sapu marjerin pada roti bakar..

Sy tag aishah utk segmen..sila join tau..hihihi..

Yaya Azura aka Naz Azra said...

Kalau nak jimat kita guna mentega separuh n marjerin separuh..hehehe

qaseh johanna said...

sejak bkerja ni.. kueh rya beli je.. xde dh nak buat..so mmg xcr dah butter ni... hihi

tamlegend said...

hehe...raya ni buat kuih raya ape cik aisyah?kalo sedap2 teringin nak g beraya...hihi

Mymiesein said...

Selalu kalau nak buat kuih memang sedap pakai butter..MQ pun taktau sebab apa... Selalu barang y mahal, pasti outcome dia best... Mcm tu la kot...

Salam perkenalan... Follow u..

ieda said...

ooooooooo ekekek
akk lebih suke majerin ! ;)

diana said...

tapi kalau makan roti akak suka dengan mentega..marjerin ni kalau nak bakar je akak sapu..kalau nak makan gitu je akak suka mentega..rasa lemak2 tu..sebab tu akak banyak lemak..muahahahah

biela bell said...

akak.. pelangi ke planta? hehee..

Tihara said...

kalo letak mentega lebih sedap sebab rasa susu tu kut :)

cikji said...

kalau membaking cikji suka guna mentega gak sebab lebih gebusss

HeNRieTTa JoSe said...

btl...majerin dan mentega adalah berbeza....cuma dh lpa apa perbezaan dia....thnks awk for the share....

C'Jai said...

biskut raye c'jai suka guna mentega...

Mr.Clive said...

saya selalu guna planta ataupun butter tu untuk masak kalau xde minyak kat umah.and it taste good even using them sebab dorang ni pun byk minyak jugak. :)
hehe

lebih2 lagi my fevret kalau masak nasi guna butter.
weee!
nasi butter!

Lia Irdelia said...

saya x panggil mentega, panggil butter utk yg buat kuih tu.. (padahal sama jer.. ) hehee..

yg marjerin plak panggil planta... haha

Izan Ishak said...

pernah terbaca kat blog darkbatman... mentega lebih bagus drp marjerin. lupa plak apa sebabnya...hehe

Zamani said...

ek,begitu rupanya. tak pernah tahu pun. huhu..

Prettywrite said...

betul2..guna mentega lebih sedap kuih tu..rasa lemak jer..

Onitsuka_hana said...

klu hana la kan, sama ja mejerin n mentega.haha

Anonymous said...

Hmm baru tahu beza majerin dan mentega..

Ainul mardhiah said...

Ooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...