Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Berdiri atas kaki sendiri bukan sesuatu yang mudah. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang itulah kunci kebebasan yang dicari. 

Sejujurnya diri lelah berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun luaran nampak tegar...tapi dalaman.... Hanya Dia maha mengetahui.

Berdiri seolah-olah teguh, tetapi sebenarnya goyah. Walaupun sedari kecil sudah terbiasa berdiri atas kaki sendiri dalam sesetengah perkara, namun kebanyakan perkara masih menumpang berdiri atas kaki orang lain.

Perasaan itu....kadang2 rasa diri tidak diperdulikan, kadang2 rasa diri tidak difahami, kadang2 rasa diri tidak diperlukan.

Menjadi seorang perempuan yang berdiri di atas kaki sendiri...dan kadang2 tersungkur bukanlah semudah yang dijangka. Tidak seperti yang diharapkan.

Namun begitu masih terus mencuba dan mencuba berdiri di atas kaki sendiri seadanya... Biarlah apa orang lain fikir... Kerana mereka tidak tahu kisah sebaliknya... 

Orang hanya memandang yang tersirat, sedangkan kita menanggung yang tersurat. Kita yang berdiri atas kaki sendiri, bukan mereka.

****************

Ni entry lama yang terperam. Bz tak sempat nak taip entry pun, Insyaallah nanti jalan blog kawan2.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative