Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kalau dulu calon hanya boleh apply jawatan yang rendah satu peringkat daripada kelayakan yang dimiliki, tapi sekarang SPA dah umumkan pemohon pekerjaan boleh memohon jawatan yang dua peringkat lebih rendah daripada kelulusan yang dimiliki.

Ni pengumuman SPA:
Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan bagi membolehkan semua calon bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki calon. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kaedah ini, semua calon boleh memohon mana-mana jawatan yang dimohon tersebut dua (2) peringkat lebih rendah daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon.
Sumber : Portal SPA

Ramai kawan-kawan yang memohon jawatan SPM menipu semasa interview. Langsung tak memenuhi integriti kakitangan kerajaan. Yelah awal-awal dah menipukan. Tapi kalau tak tipu tak dapatlah kerja tetap. Terpulang pada diri masing2, keadaan mendesak.

Banyak kali dihentam masa interview untuk jawatan yang lebih rendah daripada kelayakan. Sedangkan ramai yang tak kisah asalkan dapat pekerjaan tetap yang terjamin daripada kerja kontrak ataupun menganggur ataupun kerja merapu2. Nak menipu tak reti, berdoa moga soalan kelayakan tak ditanya secara details, tapi tu la soalan hot pun. Kalau rezeki tak ke mana, asal diri rasa tak bersalah.

Dengan adanya pengumuman ni diharap peluang lebih terbuka. Siapa yang ada ijazah tapi belum ada kerjaya tetap bolehlah mencuba memohon jawatan bertaraf SPM tanpa perlu menipu lepas ni.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative