Tersalah Topup CIMB cliks

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sekarang ni nak topup senang je...guna online banking pun dah boleh topup, tak payah susah payah cari topup kat kedai. Selagi ada akses internet, ada duit dalam akaun, clik je.

Hari tu aku tersalah topup. Mamai apa tah, nak topup nombor maxis tapi terpilih telco celcom. Sah-sah la tak masuk topupnya. Ada dua nombor macam tulah, kadang-kadang salah masuk nombor, salah pilih telco.

Walaupun RM10 tapi rasa rugi jugak. Maklumlah bukan jenis rajin topup pun, RM10 tu boleh tahan sebulan or lebih. Plan maxis Youth, setakat mesej dengan kawan-kawan berapa sangatlah.

Disebabkan rasa rugi dan ingin mencuba dapatkan semula topup tu, kakak aku call la customer service celcom mula2 tu, sebab celcom kan free je. Diaorang suruh call pihak cimb cliks. So call la dan bagi details yang diaorang minta, disebabkan duit tu tak ke mana2 sebab tak valid pun phone nombor maxis untuk akaun celcom bolehlah dapat semula dalam tempoh 24 jam.

Walaupun dah ada reminder berbunyi:  "Please ensure you have entered the correct details. No refunds will be given due to invalid mobile numbers or incorrect/mistaken purchases".

Topup tu dipindahkan masuk ke nombor celcom untuk mudahkan urusan sebab dah terpilih telco celcom. Bergayut dengan customer service dia habislah dekat RM2. Okeylah tu kan RM10-RM2 ada lagi RM8 daripada hilang terus RM10 tu.

So...hati-hati ye pasni nak topup online terutama kalau guna favourite number tu sebab dah tak perlu minta TAC. Cepat je jari clik mouse confirmkan.

Comments

HeNRieTTa JoSe said…
oooo camtu erk...igtkan klu invalid no, dia xkan deduct duet kite...
Ujie said…
okla tu, masih berbaloi lps tolak kos call. nasib baik number tu takde yg punya..kalau tak mmg melepas gitu jelah kan.

saya pun guna cimbclicks, mmg kena check byk kali..takut silap klik.
Kakzakie said…
Kakak tak pernah guna prepaid. Guna postpaid yg family plan punya... dapat bill baru bayar.
bahaya gak gtu kn kak..
EmpayarUtama said…
Pengalaman berharga tuuuu. Hehe tpkan cam pernah baca cerita yang seakan-akanlah, tp di mana yea...
Aishah Jahirah said…
@HeNRieTTa JoSe
dia tetap deduct...cuma duit tu tak masuk mana2 akun sykt telco.
Aishah Jahirah said…
@Ujie
tu lah....dapt jugak dr langsung xdpt.pas kejadian tu berhati2 lebih lagi.
Aishah Jahirah said…
@Kakzakie
jimat tu guna family plan..:)
Aishah Jahirah said…
@ nuyui a.k.a miss YUI
mmg bahaya...:)
Aishah Jahirah said…
@EmpayarUtama
tertulis dua kali ke..tetiba cuak.hee ada blogger alami nasib yg sama gak kot...;p
Adylia Qarissa said…
boleh jual kan topup tu kat kawan2 yang pakai line celcom..

lagi sakit hati kalau beli topup yang terus masuk no tepon orang lain...tersalah tekan no.yang ujung sebab pakai galaxy ni amat cerewat.
Aishah Jahirah said…
@Adylia Qarissa
tlg topup je, xkena charge..huhuu
yg tu mmg naya je la.free je org lain dpt kedit..:)
dwaty said…
jarang topup guna bank online... hehehe
Kancil 8349 said…
ndak pernah guna bank online lagi...
Anonymous said…
saya baru je tersalah.. nombor betul, maxis.. tapi pilih digi.. hmm nak call cimb center memang berjanggut la dia nak angkat.. hmmmmmmmmmmmm :'( dia x auto reject ke kalau invalid number hmm benci nye :'(

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing