Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Masa hari belia hari tu sempat mendaftar kat booth Jabatan Alam Sekitar. Ingatkan sekadar daftar jelah, cek email dapat mesej yang bagitaw kad akan di hantar ke alamat.

Ada kad rupanya. Sudah...masa isi alamat aku main belasah je sebab tak ingat alamat umah sewa baru, dan tak pernah guna pun untuk urusan surat menyurat. Isi pun sekadar buat syarat je dan dapat free gift beg alam sekitar.

Tadi buka peti surat terkejut tengok ada surat tertulis nama aku. Ye lah seingat aku, tak pernah bagi alamat rumah sewa untuk tujuan surat menyurat. Belek-belek kat sampul Jabatan Alam Sekitar rupanya, teringat semula alamat yang suka ati main isi tu. Mujur sampai jugak dengan poskod takde, nama tempat pun sipi-sipi je. Ingatkan memang tak sampai dah la.

xclear snap guna henpon cap ayam camtu la....;p

************************

Dah bertahun mendaftar dengan RELA tapi kad ahli sampai sekarang tak dapat-dapat. Sedangkan janji nak pos ke rumah, kot la janji kita kena pergi amek tu lain kira la. Yang tak boleh blah siap amek gambar bagai masa mendaftar tu. RELA tempat aku la, tempat lain okey kot.

Nampak tak antara yang cekap dengan tak cekap.  Jadilah Rakan Alam Sekitar.. Hooyey...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative