Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Memotong kenderaan lain dihadapan kita pun ada peraturannya. Bukan boleh potong macam tu je. Tak semua orang faham intention kita kalau kita tak bagi isyarat yang sepatutnya. Sikap cerdik sombong kita tu kadang-kadang boleh mengundang padah.

Pemerhatian aku berdasarkan pengalaman sendiri, pemandu sekarang ni tak mementingkan keselamtan semasa memotong. Buktinya masa balik kampung hari tu, banyak kali dihimpit semasa kenderaan lain memotong kenderaan. Padahal aku bawa ikut had laju je 110km/j. Kot lambat macam kura2 orang bengang sengaja la himpit.

Antara sikap pemandu yang boleh menyusahkan pemandu lain ketika memotong ni:
  • Tak bagi signal semasa memotong dan masuk dihadapan kita. Kita mana la tahu niat mereka kalau tak bagi isyarat.
  • Potong kita tapi  bukan masuk depan kita, dok himpit tepi kita dulu sampai terpaksa mengelak pastu terus ke depan. Buta ke?
  • Potong kenderaan kat depan tapi rupanya dia bawak lagi slow dari kenderaan yang dipotong. Rasa nak lempang je.
  • Masuk depan kita pastu dok brek-brek...Dah la jarak tak selamat dan kita tengah memecut dengan jayanya. Mahu kena maki hamun, dia dapat hon free kita lak dapat dosa kering free la time tu.
Dan banyak lagi yang malas nak listkan kesemuanya. Sendiri mahu ingatlah, benda ni pratikal bukan teori semata-mata. Jom praktikkan 10 peraturan memotong yang selamat:
  1. Berada di belakang kenderaan.
  2. Memeriksa dan melihat ke hadapan dalam 12 saat atau 100 meter.
  3. Memeriksa dan melihat ke belakang menggunakan cermin sisi kiri dan kanan serta cermin pandang belakang untuk memeriksa kawasan "Blindspot" atau terlindung daripada pandangan mata.
  4. Memberi isyarat ke kanan.
  5. Bergerak ke kanan.
  6. Melajukan kenderaan tetapi jangan melebihi had laju yang ditetapkan.
  7. Berkomunikasi menggunakan lampu atau hon.
  8. Memberi isyarat ke kiri.
  9. Bergerak ke masuk ke kiri dengan melihat cermin pandang belakang dan nampak depan kenderaan yang dipotong terlebih dahulu sebelum bergerak masuk semula ke dalam laluan asal.
  10. Menyambung kelajuan dan meneruskan perjalanan.
Peraturan nombor 9 tu ramai yang tak amalkan, tak semua orang guna cermin pandang belakang. Kalau tengok ada sesetengah kereta belakang memang fully tutup, sah2 la cermin pandang belakang tak berfungsi. Main redah je....bertukar lane pun atas consideration pemandu yang tak selfish. Korang boleh rujuk sini untuk peraturan memotong kenderaan yang lengkap----->Peraturan Memotong Kenderaan. 10 peraturan tu pun aku amek kat situ.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative