Mantoux Test

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Pembuka entry di bulan Jun 2012... Jom cerita pasal ujian Mantoux. Mantoux test merupakan kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan jangkitan kuman tibi dengan memberikan suntikan cecair Mantoux pada lengan kiri pesakit. Tindak balas suntikan ini boleh dibaca selepas tiga hari dengan melihat kesan pembengkakan pada tempat suntikan.

Apa kes bercerita pasal tibi. Sebab sejak seminggu dua lepas berulang ke klinik dan hospital. Mula2 kat hospital ingatkan asma, sekali x-ray diaorang tengok something wrong somewhere dengan x-ray tu. So pihak hospital refer ke klinik untuk next step nak kenal pasti betul atau tak terkena penyakit tibi. Diaorang suspek kena tibi.

Refer kat klinik, diaorang minta buat x-ray semula. Tapi menolak sebab kerap sangat buat x-ray, so ke hospital untuk dapatkan hardcopy x-ray untuk rujukan pihak klinik pulak. Okey takpe asalkan rasa secure sikit takpelah walaupun bengang. Prosedur yang banyak memuakkan..

Dekat klinik doktor suruh ke bahagian makmal, amek botol untuk isi sampel kahak. Setiap hari selama tiga hari kena hantar ke lab sebelum pukul 9 pagi. Dan dalam masa yang sama disuruh buat ujian mantoux. Sory la nak sebut tergeliat lidah aku, dah doktor/nurse tulis aku tak paham (tulisan lawa sangat). Mahu kena gelak.... MANTOUX.... sebut betul2.

Hari tu masa amek result mantoux tu, diaorang bagi date lain suruh jumpa doktor. Hangin...tak pulak diaorang bagitahu suruh bawa result mantoux yang dicop kat belakang kad tu. Mujur tak buang, so terpaksa datang semula dengan x-ray, result mantoux next day tu.

Alhamdulillah result tu negatif tapi....yang tak bestnya doktor masih tak dapat nak kenal pasti kenapa x-ray bahagian paru2 nampak tak okey. Macam ada benda asing lebih kurang macam tu la. Huh angguk antara paham tak paham jelah masa doktor explain.

Bila dah jadi macam tu....diaorang diskus sesama diaorang, doktor suruh buat CT Scan untuk bahagian chest. So akan direfer back to hospital untuk dapatkan tarikh appointment.

So menunggu panggilan appointment dengan sabarnya....ni bukan kisah aku tapi kisah orang paling dekat. Tu la kisah mantoux test, sebelum ni tak pernah tahu pun. Jadi memang tak online beberapa minggu ni disebabkan sibuk ke sana ke mari.

**Abaikan apa yang aku bebelkan... Banyak perkataan so....tak elok betol.

Comments

HeNRieTTa JoSe said…
moga xde pape lah yea...rietta dulu pown pernah doktor suspek tb, coz btuk brdarah....dan selama 6 bln xhenti....tp ALHAMDULILLAH....xde pape pown....
Prettywrite said…
siapa sakit kak?birokrasi betul gomen kan..buat benda sama berkali2..harap2 takder sakit yang teruk la ya kak..
Dieya said…
siapa yg sakit sya?
Kancil 8349 said…
wah...ndak berani mahu buat..hehehe
C'Jai said…
Ingatkan Cik aisha yang kena berulang alik ke spital...hehe.. apa2 pun semoga beliau terhindar dr penyakit yg tidak2...
J.Syazwana said…
huihhh nasib baik negatif kan. tapi still risau jugak sebab tak dapat jawapan pasal benda asing tu. sabo je lah. huhuhu
Pen Biru said…
oo..baru hari ni sy tau..mujur takde ape2..alhamdulillah
nazirah said…
ish takutnyee.. apa puncanye ek? rasa sesak nafas tak ? huhu sebuk lak nak taw bile baca entry ni, rasa macam kene wat pemeriksaan kat diri sendiri lak..ni way , smg org yg plg dkt itu dijauhi dari sebarang penyakit yang memduratkan.. tq for the info ;)
Tihara said…
mcm pernah dengo je pekataan ni seblom ni or penah tgk signboasrd kat sepital kot.. hins :)
Mr.Clive said…
now ini kali pertama dengar mantoux test...thank u sebab berkongsi... :)
EmpayarUtama said…
Harap-harap tak ada apa-apa masalah kat dia. Pertama kali dengar yang ini

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing